Misi Khas Kemboja : Lawatan Pertama Darul Ulum As Syarieyah (28 Feb 2020)



*Misi Khas Kemboja : Lawatan pertama Darul Ulum As Syarieyah, Kg Opayao, Stueng Trang, Cambodia*

https://youtu.be/2YRfGCvKl1M

Video ringkasan lawatan GAD yang diketuai oleh Ustaz Abd Muein Abd Rahman di sekolah yang diasaskan oleh Ustaz Zahri asal dari Kemboja. Sekolah tersebut terletak jauh ke kawasan pedalaman hutan yang telah diteroka oleh bangsa Champ yang merupakan orang Islam.

Merupakan satu satunya sekolah agama yang terletak di Kg Opayao. Perjalanan kami dari Airport Phnom Pheng ke Chrop sebuah pekan berhampiran sekolah tersebut mengambil masa selama 7jam perjalanan dengan jarak hampir 400km.

Kami tiba lewat tengah malam pada 27 Feb 2020 dan bermalam di Pekan Chrop. Keesokan paginya bertolak ke sekolah dengan menaiki 2 buah pacuan 4 roda kerana keadaan jalan tidak berturap, tanah merah dan sangat berdebu. Cuaca kemarau di sini sudah berpanjangan selama hampir 5 bulan.

Ini merupakan video sementara untuk update kepada sahabat-sahabat sebelum siap sepenuhnya video lengkap dari team Media. Kutipan dana kita akan lancar setelah mendapat keseluruhan bajet yang diperlukan kemudian. Sekiranya ada yang nak terus berinfaq boleh terus disalurkan melalui

ππ€ππŠ : πŒπ€π˜ππ€ππŠ
𝐍𝐎 π€πŠπ€π”π : πŸ“πŸ”πŸπŸ’ πŸ•πŸ–πŸπŸ“ πŸ“πŸπŸŽπŸ’
ππ€πŒπ€ : 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐔𝐁𝐔𝐇𝐀𝐍 π†π‡π”π‹π€πŒ 𝐀𝐋 πƒπ€πŠπ–π€π‡ π’π„π‹π€ππ†πŽπ‘
π‘π”π‰π”πŠπ€π : *KEMBOJA*

Sumber

Misi Khas Semporna-Pulau Sebatik-Sandakan Jun 2019



28 Jun 2019

1. Pertubuhan Ghulam Al Dakwah Selangor yang diketuai oleh Ust Abd Muein Abd Rahman mengadakan misi khas bagi bulan Jun 2019 bermula 28 Jun 2019 di Semporna, Sabah. Rombongan seramai 7 orang sahaja yang diwakili oleh AJK GAD.

2. Tujuan misi khas di Semporna kali ini adalah untuk menganjurkan pertandingan dalam kalangan pelajar Iqra, Al Quran dan membaca bagi menyuntik semangat mereka agar lebih bersungguh dalam menuntut ilmu, memahami dan seterusnya mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Kesemua aktiviti ini diharapkan dapat membina persaingan yang sihat dalam diri anak anak masyarakat Semporna agar lebih mencintai Al Quran dengan doa doa yang mereka hafal dan seterusnya di amalkan.

3. Seterusnya pemberian elaun bulanan kepada 14 guru Tajaan GAD di Semporna selepas selesai aktiviti yang dianjurkan.

Insha Allah segala perkembangan aktiviti akan di update dari semasa ke semasa melalui laman Facebook rasmi Ghulam Al Dakwah.

===================

Sekiranya anda ingin menjadi sebahagian team dakwah GAD, jom menyumbang kepada usaha dakwah ini walau sedikit demi memastikan iainya terus berjalan dan semoga rahmat Allah bersama kita semua.
Infaq anda boleh terus disalurkan melalui link berikut :

https://ghulamaldakwah.com/donations/tabung-infaq-kebajikan/

#MisiKhasSempornaJun2019
#GhulamAlDakwah

Sumber

Membantu yang memerlukan – Misi Khas Kg Sampah Sandakan 18 Jan 2019



Misi khas ke Sandakan dengan program pertama menziarahi penduduk Kg Sampah yang berhampiran dengan bandar Sandakan. Sesi tazkirah selama 30 minit dari Ustaz Abd Muein Abd Rahman dan diteruskan dengan agihan wang zakat.

Terima kasih kepada Madrasah Darus Sunnah (MADS) di atas kerjasama dalam menyantuni penduduk Kg Sampah dengan pemberian sumbangan wang zakat kepada 350 keluarga dan kanak-kanak.

Kemudian kami berkesempatan menziarahi beberapa rumah yang menjadi kediaman mereka berteduh selama berpuluh tahun di atas sampah dan mencari rezeki dengan hasil mengutip botol plastik dan barang kitar semula untuk dijual kepada kilang dengan harga yang sangat murah. Itulah punca pendapatan utama mereka di kawasan pelupusan sampah.

Tonton video ini untuk melihat lebih dekat keadaan mereka…

#GhulamAlDakwah
#MisiKhasSandakan
#KgSampah
#PulauJambongan

Sumber

3 & 4 Mei 2018 : Misi Khas 11.5 (Pulau Sebatik – Pulau Maiga – Kg Labuan Aji)



MISI KHAS 11.5 : PULAU SEBATIK – PULAU MAIGA – KG LABUAN AJI
https://youtu.be/Y3jZVT4DHhQ
Alhamdulillah misi khas pada awal Mei 2018 bertujuan untuk menyelesaikan beberapa perkara yang penting sebelum tibanya Ramadhan tahun ini. Kami berkesempatan melawat Kg Mentadak Baru di Pulau Sebatik, Tawau yang merupakan sempadan antara negara Malaysia dan Indonesia.
Kemudian kami terus ke Pulau Maiga yang terletak di Semporna, Sabah dan keesokannya kami singgah di Kg Labuan Aji untuk berbincang bersama jemaah surau berkenaan perkembangan pembinaan surau yang terhenti seketika atas beberapa faktor. Insha Allah bulan Ramadhan tahun ini mudah mudahan menambah keselesaan kepada mereka di sana setelah siapnya surau berkenaan.

source

Alamat

No. 8-1,
Suria Jelutong 1,
Jalan Bazar, U8/99, Bukit Jelutong,
40150 Shah Alam, Selangor,
Malaysia

Whatsapp : 019 868 2015

Visi Ghulam

Melahirkan Du’at
Menyebarkan Islam

Live Streaming

Hakcipta Terpelihara Β© 2022 Pertubuhan Ghulam Al Dakwah Selangor