Pulang dengan fizikal yang sangat memenatkan, tetapi sangat berbaloi kerana pera…

[ad_1]

Pulang dengan fizikal yang sangat memenatkan, tetapi sangat berbaloi kerana perasaan yang dibawa pulang itu bahagia.

Manusia mencari pelbagai jalan memenuhi kebahagiaan sepanjang hidupnya. Tapi tak ramai yang menemui kebahagiaan yang sifatnya kekal dan berpanjangan. Kerana pemilik kebahagiaan itu bukan kita, bukan harta, bukan pangkat, bukan pemerintah, bukan jua apa yang kita sangka. Pemilik kebahagiaan itu adalah sang penguasa, pentadbir, pengurus, pemilik apa yang ada di bumi dan di langit sehingga ke langit tinggi.

Dia memberi kepada sesiapa yang Dia kehendaki…. Semoga kita juga sebahagian penerima pingat kebahagiaan yang sejati.

.





[ad_2]

Source

Alhamdulillah misi khas kami kali ini di Semporna, Sabah tercapai segala hajat d…

[ad_1]

Alhamdulillah misi khas kami kali ini di Semporna, Sabah tercapai segala hajat dan tujuan. Banyak tugasan dapat diselesaikan, melengkapi kekurangan dan tugasan yang tidak dapat dilakukan semasa misi-misi dakwah sebelumnya.

Menilai kembali prestasi pembelajaran guru2 tajaan GAD dengan menguji sebahagian pelajar mereka di lokasi kelas yang diadakan. Secara keseluruhannya, kami boleh berpuas hati dengan perkembangan anak-anak yang mengikuti kelas iqra, Al Quran dan kelas membaca yang ditaja sepenuhnya oleh GAD. Dari yang tidak mampu mengenal huruf dan kosa kata, tetapi kini alhamdulillah mampu membaca dengan baik dan lancar. Walau ramai juga tergagap gagap, tetapi sekurang nya kita tahu itulah proses mereka untuk belajar dan yang utama kesungguhan mereka belajar dan komitmen yang diberikan oleh para guru tidak dapat untuk dibandingkan dengan sistem persekolahan di bawah kerajaan tetapi inilah sedikit sebanyak usaha kita bersama membina bangsa ini agar agama Islam terus subur di dalam jiwa mereka dengan panduan Al Quran dan As Sunnah.

#MisiKhasSandakanSemporna
#MelahirkanDuatMenyebarkanIslam





[ad_2]

Sumber

Alhamdulillah selesai misi khas bersama AJK GAD dengan kerjasama MADS di Sandaka…

[ad_1]

Alhamdulillah selesai misi khas bersama AJK GAD dengan kerjasama MADS di Sandakan, Sabah selama 2hari 2 malam dengan meneruskan kelas tadabbur Al Quran siri ke 3 di Sandakan, Sabah dan melihat projek naik taraf Surau Kg Melayu di Sandakan yang akan digunakan menjelang ramadhan nanti dan bagi mengadakan kelas al Quran dan iqra secara percuma kepada penduduk sekitar dibawah Tajaan GAD.

Perjalanan semalam antara rehlah yang sangat memenatkan kerana kami terpaksa balik hari dari Sandakan menuju ke Pulau Jambongan yang jaraknya hampir 300km dengan menaiki kereta selama 4jam pergi dan 1jam30min menaiki bot kecil dan kami tiba semula di Sandakan sekitar jam 8malam dan seterusnya kami memenuhi jemputan dari klinik As Syifa dengan mengadakan kelas ringkas tadabbur al Quran oleh Ustaz Abd Muein Abd Rahman.

Kepenatan fizikal yang dilalui semalam tidak habis lagi dan hari ni kami meneruskan misi khas ke Semporna untuk memantau setiap kelas iqra, Al Quran dan membaca yang dikendalikan oleh guru2 tajaan GAD dan melihat beberapa projek antaranya membina semula tandas dan tempat wudhu yang telah roboh di Surau Kg Halo dan membaiki perigi yang tersumbat di Pulau Maiga.

Doakan keselamatan perjalanan kami…

#MisiKhasSandakanSemporna2019


[ad_2]

Sumber

Tonton Video

[ad_1]

[fb_vid id=”photo_id”:”532188020638377″”][fb_vid id=”532188020638377″]
[ad_2]

Sumber

Alamat

No. 8-1,
Suria Jelutong 1,
Jalan Bazar, U8/99, Bukit Jelutong,
40150 Shah Alam, Selangor,
Malaysia

Whatsapp : 019 868 2015

Visi Ghulam

Melahirkan Du’at
Menyebarkan Islam

Live Streaming

Hakcipta Terpelihara © 2022 Pertubuhan Ghulam Al Dakwah Selangor