Lihat [LIVE] 26/6/2019 Ahad, Ybhg. Ustaz Abd Muein Abd Rahman (Tadabbur Ramadhan – Ar-Rum #30 Ayat 6)

[ad_1]

Live !!!
🏷Tadabbur Al Quran

Disampaikan oleh :
Ustaz Abd Muein Abd Rahman

🔖 Tajuk : Surah Ar Rum ayat 6-7

🗓 Tarikh : 26 Mei 2019
🕰 Masa : 11.30pm

🎥 Link Facebook :

===============

Salurkan Infaq anda bagi memastikan usaha dakwah ini terus berjalan. Infaq anda boleh terus disalurkan melalui link berikut :

https://ghulamaldakwah.com/donations/tabung-infaq-kebajikan/

Subscribe & follow us on :
->Facebook page
->YouTube
->Instagram
🌐 www.ghulamaldakwah.com

.
#MelahirkanDuatMenyebarkanIslam
#GhulamAlDakwah

[fb_vid id=”photo_id”:”2706166396121662″”][fb_vid id=”2706166396121662″]
[ad_2]

Sumber

Siri Tadabbur Al Quran Oleh : Ustaz Abd Muein Abd Rahman Surah : Ar Rom ayat 1…

[ad_1]

Siri Tadabbur Al Quran
Oleh : Ustaz Abd Muein Abd Rahman
Surah : Ar Rom ayat 1-5
Tarikh : 26 Mei 2019

Apabila kematian telah mendatangi seseorang, tidak ada yang lebih bernilai melainkan amal soleh. Dan antara amal soleh yang akan kita bawa di akhirat kelak adalah apa yang telah kita baca, hayati dan amalkan apa yang telah terkandung di dalam Al Quran. Ketika turunnya ayat ayat akhir dari Surah Ali Imran iaitu ayat 190 dan 191. Suatu malam Nabi bangkit untuk solat malam dan menangis sehingga ke waktu Subuh. Lalu ditanya kepada Bilal, mengapa engkau menangis ya Rasulullah? Sedangkan Allah telah mengampuni dosa mu yang lalu dan akan datang. Nabi shallallahu a'laihi wasallam menjawab tidak boleh kah sekiranya aku ingin menjadi hamba yang bersyukur? Bagaimana aku tidak menangis sedangkan telah turun ayat ini kepadaku (lalu dibacakan ayat 190 dan 191 surah ali imran) kepada Bilal. Lalu Nabi shallallahu a'laihi wasallam berkata, "Celakalah bagi orang yang membaca ayat-ayat ini, lalu ia tidak memikirkan apa yang terkandung di dalamnya". (Sila rujuk hadits ini di dalam riwayat Ibnu Abi Hatim dan Ibnu Hibban dalam kitab Shahihnya.)

Sebab itu apabila baca al Quran kena jelas. Kenapa kita Tadabbur Al Quran kerana takut kita akan termasuk ke dalam golongan celaka.

Allah sebut di dalam surah maryam ayat 58

أُوْلَٰٓئِكَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمَ ٱللَّهُ عَلَيۡهِم مِّنَ ٱلنَّبِيِّـۧنَ مِن ذُرِّيَّةِ ءَادَمَ وَمِمَّنۡ حَمَلۡنَا مَعَ نُوحٖ وَمِن ذُرِّيَّةِ إِبۡرَٰهِيمَ وَإِسۡرَٰٓءِيلَ وَمِمَّنۡ هَدَيۡنَا وَٱجۡتَبَيۡنَآۚ إِذَا تُتۡلَىٰ عَلَيۡهِمۡ ءَايَٰتُ ٱلرَّحۡمَٰنِ خَرُّواْۤ سُجَّدٗاۤ وَبُكِيّٗا۩

Mereka itulah orang yang telah diberi nikmat oleh Allah, yaitu dari (golongan) para nabi dari keturunan Adam, dan dari orang yang Kami bawa (dalam kapal) bersama Nuh, dan dari keturunan Ibrahim dan Israil (Yakub) dan dari orang yang telah Kami beri petunjuk dan telah Kami pilih. Apabila dibacakan ayat-ayat Allah Yang Maha Pengasih kepada mereka, maka mereka tunduk sujud dan menangis.

-Sura Maryam, Ayat 58

Allah sebut sifat sifat orang yang Allah beri nikmat kepada mereka. Ciri mereka apabila diberi nikmat kepada Allah adalah mereka tersungkur sujud lalu mereka menangis. Sebab itu tujuan kita Tadabbur Al Quran adalah menyebabkan kita tersungkur sujud lalu menangis kerana ayat ayat Allah.

Kata abu bakar r.a apabila kamu baca al Quran dan tidak mengalir air mata, maka pastikan hati kamu menangis.

Kenapa Allah gunakan perkataan ar Rahman. Allah memberi isyarat bahawa ayat Allah adalah rahmat Allah dan kasih sayang Allah sangat dekat kepada kita.

Di dalam surah al fatihah diulang ar Rahman ar rahim dua kali ketika basmalah dan ayat selepas alhamdulillah. Kenapa Allah menggunakan ar Rahman ar rahim sedangkan banyak nama Allah yang lain. Kerana Allah nak kita merasakan kasih sayang Allah. Allah mencipta, mengurus kehidupan seluruh alam.

Antara sebab kenapa kita tidak boleh menangis walaupun sudah khatam berkali kali

وَمَنۡ أَظۡلَمُ مِمَّن ذُكِّرَ بِـَٔايَٰتِ رَبِّهِۦ فَأَعۡرَضَ عَنۡهَا وَنَسِيَ مَا قَدَّمَتۡ يَدَاهُۚ إِنَّا جَعَلۡنَا عَلَىٰ قُلُوبِهِمۡ أَكِنَّةً أَن يَفۡقَهُوهُ وَفِيٓ ءَاذَانِهِمۡ وَقۡرٗاۖ وَإِن تَدۡعُهُمۡ إِلَى ٱلۡهُدَىٰ فَلَن يَهۡتَدُوٓاْ إِذًا أَبَدٗا

Dan siapakah yang lebih zhalim dari pada orang yang telah diperingatkan dengan ayat-ayat Tuhannya, lalu dia berpaling darinya dan melupakan apa yang telah dikerjakan oleh kedua tangannya (dosa yang telah ia lakukan)? Sungguh, Kami telah menjadikan hati mereka tertutup, (sehingga mereka tidak) memahaminya, dan (Kami letakkan pula) sumbatan di telinga mereka. Kendatipun engkau (Muhammad) menyeru mereka kepada petunjuk, niscaya mereka tidak akan mendapat petunjuk untuk selama-lamanya.

-Sura Al-Kahf, Ayat 57

Punca kita tidak mampu menangis adalah kerana dosa yang telah kita lakukan selama bertahun tahun. Solat lambat dah bertahun tahun. Ada tak kita rasa solat lambat adalah dosa?

Perkara paling besar di dalam bulan Ramadhan adalah mendapat keampunan daripada Allah. Kerana nabi shallallahu a'laihi wasallam bersabda

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، أَن رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : ” مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

Dari Abu Huraira radiallahu ‘anhu meriwayatkan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Sesiapa yang menghidupkan (malam) Ramadhan dengan keimanan dan mengharap (pahala), diampuni dosa-dosanya yang terdahulu. [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Iman, hadis no : 36]

Oleh itu untuk mendapat keampunan Allah adalah dengan bertaubat kepada Allah. Rujuk Ayat al Quran surah ali imran ayat 135

Tujuan kita membaca al Quran adalah kita berubah dan kita mengubah orang lain mengikut acuan Al Quran. Sebab itu nabi apabila baca al Quran berubah dan sahabat nabi iaitu umar Al khattab apabila membaca al Quran lalu mengubah dirinya menjadi lebih baik.

وَإِنَّهُۥ لَتَنزِيلُ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ

Dan sungguh, (Al-Qur'an) ini benar-benar diturunkan oleh Tuhan seluruh alam,

-Sura Ash-Shu'ara, Ayat 192

نَزَلَ بِهِ ٱلرُّوحُ ٱلۡأَمِينُ

Yang dibawa turun oleh ar-Ruh al-Amin (Jibril),

-Sura Ash-Shu'ara, Ayat 193

عَلَىٰ قَلۡبِكَ لِتَكُونَ مِنَ ٱلۡمُنذِرِينَ

ke dalam hatimu (Muhammad) agar engkau termasuk orang yang memberi peringatan,

-Sura Ash-Shu'ara, Ayat 194

Nampak tak proses apabila Al Quran diturunkan dari Allah dan disampaikan melalui malaikat Jibril yang digelar ar ruh kerana Al Quran adalah ruh atau hati kepada manusia. Lalu apabila Al Quran masuk ke dalam hati manusia maka ia akan mengubah dirinya menjadi orang yang memberi peringatan.

Allah rakamkan kisah jin di dalam Al Quran apabila Al Quran telah sampai ke hatinya maka mereka menjadi jin yang memberi peringatan dari kalangan mereka.

Muqaddimah surah ar rum

Surah rum adalah surah Makkiyyah diturunkan sebelum hijrah. Dinamakan surah ar rum kerana ayat kedua. Menunjukkan sebuah kerajaan yang memiliki kuasa besar yang kufur kepada Allah di zaman nabi shallallahu a'laihi wasallam Tetapi di sebut di dalam Al Quran.

الٓمٓ
Alif Lam Mim
-Sura Ar-Rum, Ayat 1

Tidak ada hadis perkataan yang Dimulakan dengan huruf huruf muqottoah ini bahawa Allah sahaja yang tahu. Ada satu pendapat alif lam mim hanya Allah sahaja yang tahu. Pendapat kedua tidak ada sebarang makna dan hanya semata huruf. Antara dalil Al Quran

إِنَّا جَعَلۡنَٰهُ قُرۡءَٰنًا عَرَبِيّٗا لَّعَلَّكُمۡ تَعۡقِلُونَ

Kami menjadikan Al-Qur'an dalam bahasa Arab agar kamu mengerti.

-Sura Az-Zukhruf, Ayat 3

Pendapat yang kuat adalah alif lam mim tidak ada makna berdasarkan dalil di atas. Hikmahnya untuk Allah mencabar musyrikin quraish bahawa mereka menuduh Al Quran direka.

غُلِبَتِ ٱلرُّومُ

Bangsa Romawi telah dikalahkan,
-Sura Ar-Rum, Ayat 2

Telah di kalahkan bangsa Rom (majusi sembah api) oleh bangsa Parsi (ahli kitab).

فِيٓ أَدۡنَى ٱلۡأَرۡضِ وَهُم مِّنۢ بَعۡدِ غَلَبِهِمۡ سَيَغۡلِبُونَ

di negeri yang terdekat dan mereka setelah kekalahannya itu akan menang,
-Sura Ar-Rum, Ayat 3

Perkataan أدني merujuk kepada yang dekat. Rujuk surah sajdah ayat 21.

وَلَنُذِيقَنَّهُم مِّنَ ٱلۡعَذَابِ ٱلۡأَدۡنَىٰ دُونَ ٱلۡعَذَابِ ٱلۡأَكۡبَرِ لَعَلَّهُمۡ يَرۡجِعُونَ

Dan pasti Kami timpakan kepada mereka sebagian siksa yang dekat (di dunia) sebelum azab yang lebih besar (di akhirat); agar mereka kembali (ke jalan yang benar).

-Sura As-Sajdah, Ayat 21

Kenapa Allah tidak menyebut Rom dikalahkan oleh parsi. Kata ulama Allah hendak merendahkan Parsi (majusi) dan menghina golongan yang penyembah api.

فِيٓ أَدۡنَى ٱلۡأَرۡضِ وَهُم مِّنۢ بَعۡدِ غَلَبِهِمۡ سَيَغۡلِبُونَ

di negeri yang terdekat dan mereka setelah kekalahannya itu akan menang,

-Sura Ar-Rum, Ayat 3

Allah telah janjikan bahawa selepas kekalahan Rom dan mereka akan bangkit dan mengalahkan semula Parsi. Dalam tempoh beberapa tahun (di dalam tafsir mengatakan 7 tahun). Apa pengajaran tidak diberitahu berapa tahun mereka mengambil masa untuk kalahkan Parsi? Pengajarannya Allah nak bahawa Parsi rasa takut bahawa Rom akan mengalahkannya pada bila bila masa sahaja.

فِي بِضۡعِ سِنِينَۗ لِلَّهِ ٱلۡأَمۡرُ مِن قَبۡلُ وَمِنۢ بَعۡدُۚ وَيَوۡمَئِذٖ يَفۡرَحُ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ

dalam beberapa tahun (lagi). Bagi Allah-lah urusan sebelum dan setelah (mereka menang). Dan pada hari (kemenangan bangsa Romawi) itu bergembiralah orang-orang yang beriman,

-Sura Ar-Rum, Ayat 4

Kenapa Allah boleh menjadikan Rom menang dan menjadikan Rom kalah? Kerana Allah memiliki kekuasaan untuk memberikan kepada siapa kemenangan dan kekalahan. Kenapa orang beriman gembira apabila ahli kitab menang sedangkan mereka juga tergolong dalam golongan kufur kepada Allah sedangkan Parsi juga kufur kepada Allah?

Subhanallah di dalam tafsir mengatakan kenapa orang beriman gembira apabila ahli kitab menang kerana ahli kitab lebih senang untuk kita dakwah kerana mereka masih berpandukan kitab dan hanya terpesong dari ajaran sebenar. Orang beriman gembira ke atas kemenangan ahli kitab adalah mesej untuk menerima kebaikan.

بِنَصۡرِ ٱللَّهِۚ يَنصُرُ مَن يَشَآءُۖ وَهُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلرَّحِيمُ

karena pertolongan Allah. Dia menolong siapa yang Dia kehendaki. Dia Mahaperkasa, Maha Penyayang.

-Sura Ar-Rum, Ayat 5

Menunjukkan bahawa kemenangan itu adalah dari pertolongan Allah. Di dalam peperangan Uhud kaum musyrikin menang sehingga 70 sahabat mati syahid. Kisah Ibrahim dakwah kepada ayahnya katanya, aku takut engkau akan mendapat azab dari Ar Rahman. Menunjukkan bahawa tanda Allah sayang seseorang Allah memberikan dia azab atau musibah.

==================

Rujuk live Facebook

https://www.facebook.com/ghulamaldakwahofficial/videos/182909809323397/

================

Sekiranya anda ingin menjadi sebahagian team dakwah GAD, jom menyumbang kepada usaha dakwah ini walau sedikit demi memastikan iainya terus berjalan dan semoga rahmat Allah bersama kita semua.
Infaq anda boleh terus disalurkan melalui link berikut :

https://ghulamaldakwah.com/donations/tabung-infaq-kebajikan/

[ad_2]

Sumber

Lihat MISI KHAS DAKWAH & KEBAJIKAN DI PULAU MAIGA, SEMPORNA & KG. MELAYU, SANDAKAN SABAH.

[ad_1]

Pada 22 dan 23 Mei 2019 lepas, Pertubuhan Ghulam Al Dakwah Selangor yang diketuai oleh Ustaz Abd Muein Abd Rahman telah mengadakan misi khas dakwah dan kebajikan di Pulau Maiga, Semporna dan Kg Melayu, Sandakan Sabah.

Alhamdulillah sebanyak 51 buah keluarga di Pulau Maiga dari kalangan penduduk bajau laut dan Suluk telah mendapat bantuan zakat. Manakala di Kg Melayu Sandakan kami telah mengagihkan bantuan kepada 483 buah keluarga wang zakat yang diamanahkan kepada pihak Pertubuhan untuk diagihkan sempena bulan Ramadhan.

Tonton vlog kami sepanjang perjalanan misi khas ke Semporna dan Sandakan bagi menyantuni penduduk warga tanpa negara di Sabah.

=============

Sekiranya anda ingin menjadi sebahagian team dakwah GAD, jom menyumbang kepada usaha dakwah ini walau sedikit demi memastikan iainya terus berjalan dan semoga rahmat Allah bersama kita semua.
Infaq anda boleh terus disalurkan melalui link berikut :

https://ghulamaldakwah.com/donations/tabung-infaq-kebajikan/

#MisiKhasSempornaSandakanMei2019
#MisiKhasRamadhan
#GhulamAlDakwah

[fb_vid id=”photo_id”:”433989367404313″”][fb_vid id=”433989367404313″]
[ad_2]

Sumber

JEJAK ASNAF SIRI 3.0 PERTUBUHAN GHULAM AL DAKWAH SELANGOR Tarikh : 25 Mei 2019 …

[ad_1]

JEJAK ASNAF SIRI 3.0 PERTUBUHAN GHULAM AL DAKWAH SELANGOR

Tarikh : 25 Mei 2019
Lokasi : PPRT Lembah Subang

Program jejak Asnaf siri ke tiga anjuran Pertubuhan Ghulam Al Dakwah Selangor yang diketuai oleh Saudara Nik dari Unit Kebajikan GAD telah berjaya menyantuni 16 buah keluarga Asnaf di PPRT Lembah Subang. Rata-rata penduduk di sana adalah dari kalangan golongan berpendapatan rendah dan beberapa keluarga yang kami ziarah kebanyakannya mempunyai masalah kewangan untuk menampung kehidupan seharian dengan bebanan kos kehidupan yang agak tinggi di tengah bandar.

Mereka boleh dikatakan antara golongan miskin bandar, walau duduknya di tengah bandar tetapi kehidupan segelintir besar dari mereka bagaikan kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang kerana tiada punca pendapatan yang tetap. Mungkin kita sangka dengan wujudnya perumahan PPRT seperti itu mereka banyak menerima bantuan kerajaan tetapi ada yang kita tidak tahu kemungkinan sewa rumah yang kadar hanya RM124 sebulan pun belum tentu mereka mampu bayar!

Jika tidak kita sebagai saudara seagama untuk membantu, siapa lagi? Program kita bukan sekadar program berkebajikan, namun yang utama adalah menyampaikan mesej dakwah walaupun hanya sekadar satu ayat/pesanan !
Jom sertai kami ke program jejak asnaf pada siri siri seterusnya untuk membantu mereka keluar dari kesusahan di dunia yang sementara dan yang utama membantu diri kita untuk membina saham akhirat bersama!

Anda hulur, kami sampaikan!

===================

Sekiranya anda ingin menjadi sebahagian team dakwah GAD, jom menyumbang kepada usaha dakwah ini walau sedikit demi memastikan iainya terus berjalan dan semoga rahmat Allah bersama kita semua.
Infaq anda boleh terus disalurkan melalui link berikut :

https://ghulamaldakwah.com/donations/tabung-infaq-kebajikan/

#JejakAsnafSiri3GAD
#GhulamAlDakwah





[ad_2]

Sumber

Tonton Video

[ad_1]

Tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Abd Muein Abd Rahman di Sandakan Sabah.

Tajuk : Hadiah paling lumayan dalam bulan Ramadhan
.

[fb_vid id=”photo_id”:”2744202028986557″”][fb_vid id=”2744202028986557″]
[ad_2]

Sumber

Tonton Video

[ad_1]

[fb_vid id=”photo_id”:”423866311501105″”][fb_vid id=”423866311501105″]
[ad_2]

Sumber

Tonton Video

[ad_1]

[fb_vid id=”photo_id”:”2310057065934692″”][fb_vid id=”2310057065934692″]
[ad_2]

Sumber

Al Kisah perigi di Pulau Maiga Idea untuk membina sebuah perigi di Pulau Maiga …

[ad_1]

Al Kisah perigi di Pulau Maiga

Idea untuk membina sebuah perigi di Pulau Maiga tercetus pada bulan September 2018 selepas beberapa kali isu terputusnya bekalan air bersih untuk kegunaan wudhu dan keperluan asas guru tajaan GAD yang kita lantik untuk menjadi imam dan mengajar iqra/Al Quran kepada anak-anak Bajau Laut dan Suluk yang menetap di Pulau Maiga di sekitar Surau Ghulam Al Dakwah Pulau Maiga. Setiap minggu pihak GAD akan membeli bekalan air bersih dari Semporna dan dihantar ke PulauMaiga untuk kegunaan surau. Kos setiap kali penghantaran bekalan air bersih bagi memuatkan 3 tangki sekitar RM150 dan hanya mampu bertahan selama seminggu sahaja. Kami terpaksa menaja sekitar Rm600 sebulan bagi menyediakan bekalan air bersih untuk kegunaan surau Pulau Maiga. Satu kos yang agak besar dan belum termasuk kos-kos lain seperti minyak petrol untuk menghidupkan generator dan sekarang alhamdulillah hasil infaq orang ramai, kita berjaya membina sebuah tenaga solar di surau yang dipasang menggantikan generator. Jazakumullahu khayran kepada penginfaq dan sehingga kini ianya sangat bermanfaat dan dapat digunakan sepenuhnya dan duit GAD juga selamat untuk menampung kos mintak petrol bagi menghidupkan generator untuk Surau setiap bulan.

Cerita Perigi pertama yang dibina adalah hasil sumbangan Projek Infak Quran Daily (PIQD) yang kosnya sekitar Rm4500 menggunakan kepakaran tempatan yang diupah dari bandar Semporna untuk korek dan menggunakan sistem tubing dan air dipam terus ke tangki Surau.

Perigi pertama ini sempat digunakan oleh penduduk kampung sekitar 3 ke 4 minggu sahaja dan kerap tersumbat pasir halus ke dalam paip yang ditanam di dalam perigi. Kata tukang tersebut, perigi ini perlu diservis seminggu sekali bagi membuang pasir halus yang tersekat di penapis paip menyebabkan air tidak dapat dipam ke tangki. Oleh kerana misi dakwah kita sebulan sekali, maka pada bulan seterusnya kami buat pantauan dan melawat semula keadaan perigi tersebut untuk selesaikan masalah yang berlaku. Alhamdulillah a'la kulli hal, perigi pertama sudah tersumbat dan paip yang ditanam di dalam perigi terus tertanam selamanya dan tak dapat dikeluarkan walau ditarik oleh 5 lelaki gagah perkasa.

Tukang yang kami upah sebelum ini kami bawa ke Pulau Maiga dan minta cek semula keadaan perigi. Selepas berbincang, cadangannya, dia minta kita tambah Rm1500 untuk kos dia korek semula Perigi ke dua dan kali ini dia akan pasang pagar supaya tidak ada yang boleh mengusik paip yang ditanam dan dia akan ajar beberapa orang penduduk di situ termasuk guru yang kita lantik untuk servis setiap minggu. Betul kata pepatah, oleh kerana yang servis dari kalangan penduduk kampung yang bagaikan tikus membaiki labu dan akhirnya perigi ke dua juga tersumbat dan tak dapat diselamatkan. Alhamdulillah dua perigi selamat disemadikan di belakang surau pulau maiga.

Namun, tak berakhir di situ. Guru yang kita lantik yang menetap di Pulau Maiga itu (Rijal nama diberi atau Maiga Boy nama yang dikenali penduduk pulau) mengerah tenaga beliau bersama anak didiknya untuk mengorek perigi yang ke tiga! Ceritanya, 3hari 3malam beliau korek dengan anak didiknya dan alhamdulillah berjaya mendapatkan air dengan kedalaman 5kaki dan lubang perigi besarnya lebih kurang 3-4 kaki. Misi dakwah pada bulan hadapan kami tiba di Pulau Maiga dan menyaksikan sendiri perigi yang dikorek oleh Rijal dan pelajarnya. Kami kagum dengan usaha beliau yang tidak berputus asa dan sentiasa kreatif menyelesaikan masalah yang dihadapinya. Binaan pagar dan atap yang dibina pada perigi ke dua, dicabut dan dipasang semula pada perigi ke tiga. Alhamdulillah perigi ketiga juga berjaya digunakan selama beberapa bulan dan isu yang sama, paip air tersumbat dengan pasir halus dan air tetap tidak dapat dipam masuk ke tangki. Kesannya pam yang digunakan sehingga rosak dan tak dapat dibaiki lagi. Terkubur sekali lagi perigi ke tiga di Pulau Maiga.

Seminggu sebelum kami meneruskan misi dakwah pada bulan Ramadhan tahun ini, kami mendapat berita dari Rijal bahawa ada beberapa jemaah Tabligh yang datang untuk berdakwah di sekitar Pulau Maiga. Kami bertanya, bagaimana keadaan bekalan air di sana dan jika perlu kita akan membeli seperti biasa untuk kegunaan surau. Kata Rijal, jemaah tabligh berbincang dan bersetuju untuk membina perigi yang ke 4!

Dan perigi tersebut baru dikorek pada 21 Mei 2019 dan sehari sebelum kami sampai di Pulau Maiga semalam. Apabila tiba di Surau Pulau Maiga, kami disambut dan bersalaman bersama jemaah tabligh yang telah menetap selama 5 hari. Perancangan asal mereka untuk berada di situ selama 3 hari sahaja, tetapi apabila melihat kan keadaan surau yang sudah cantik dan tersedia penuh fasiliti tetapi bekalan air bersih tidak ada, maka mereka berbincang untuk tinggal 2hari lagi dan membina sebuah perigi lain berhampiran perigi perigi yang terkubur di belakang surau. Mereka membeli pam baru dan paip saliran baru. Hampir 3 kali keluar masuk ke Pulau Maiga bagi memastikan perigi kali ini berjaya diselesaikan.

Kesepakatan jemaah tabligh sangat mengagumkan. Mereka mengorek perigi tersebut pada sebelah malam kerana cuaca pada siang sangat panas dan dalam keadaan berpuasa. Alhamdulillah Perigi tersebut berjaya dikorek dari lepas terawih sehingga jam 3pagi dengan kedalaman sekitar 7-8kaki dan keluasan 5kaki. Kami tiba dan melihat sendiri perigi tersebut yang siap dibina benteng untuk menghalang pasir terjunam dan air yang mereka peroleh seperti air mineral dan boleh diminum, digunakan untuk memasak! Berbeza dengan perigi sebelum ini, airnya rasa seperti payau dan tak dapat digunakan untuk minum dan memasak.

Kesungguhan pada wajah mereka menampakkan keikhlasan pada diri mereka untuk membantu penduduk kampung mendapatkan bekalan air bersih. Dengan terbinanya perigi ke 4 ini mari kita doakan agar ianya terus kekal dan dapat digunakan seluruh penduduk pulau maiga terutama untuk keperluan surau dan lain-lain. Semoga manfaat ini menjadikan pahala buat semua. Termasuk para penginfaq dari perigi pertama kerana dari usaha yang awal itulah menjadi asbab terbinanya usaha yang terus menerus. Semoga iainya menjadi pahala yang mengalir bagaikan sungai dan terbentang kebaikan seluas lautan biru. Sama sama kita bantu sama ada melalui idea, tenaga, masa, wang ringgit mahupun DOA dari kalian semua untuk memastikan usaha dakwah ini terus berjalan!

==========================

Sekiranya anda ingin menjadi sebahagian team dakwah GAD, jom menyumbang kepada usaha dakwah ini walau sedikit demi memastikan iainya terus berjalan dan semoga rahmat Allah bersama kita semua.
Infaq anda boleh terus disalurkan melalui link berikut :

https://ghulamaldakwah.com/donations/tabung-infaq-kebajikan/

#CeritaPerigiPulauMaiga
#MisiKhasSempornaSandakanMei2019
#MisiKhasRamadhan
#GhulamAlDakwah





[ad_2]

Sumber

Petang tadi setibanya kami di Jeti Pelancong Semporna, kami bertolak ke Pulau Ma…

[ad_1]

Petang tadi setibanya kami di Jeti Pelancong Semporna, kami bertolak ke Pulau Maiga untuk agihan zakat kepada semua penduduk bajau laut dan Suluk yang menetap di Pulau Maiga.

Setibanya kami di Pulau Maiga, kami disambut baik oleh grup jemaah tabligh dari Terengganu yang telah 5 hari bermusafir dan berdakwah di sekitar Pulau Maiga. Cerita mereka akan saya kongsi kan dalam posting seterusnya tentang usaha kebajikan dan dakwah yang telah mereka lakukan di Pulau Maiga.

Alhamdulillah selepas Asar tadi telah selesai semua agihan wang zakat kepada 51 buah keluarga di Pulau Maiga, Semporna Sabah. Sebelum sesi agihan, Tazkirah disampaikan oleh Ustaz Abd Muein Abd Rahman dan intipati Tazkirah tadi mengingatkan mereka tentang kebesaran dan rahmat Allah yang hadir kepada mereka dan menyeru mereka untuk belajar tentang Islam dengan Ustaz Rijal yang telah ditaja oleh GAD untuk mengajar iqra, Al Quran dan fardhu ain kepada penduduk di sana. Semoga rahmat dan hidayah Allah bersama mereka dan dengan harapan akan lahir perintis daie yang akan mewarisi usaha dakwah para anbia untuk mengislahkan komuniti bajau laut yang terpinggir dari arus ketamadunan manusia.

=========================

Sekiranya anda ingin menjadi sebahagian team dakwah GAD, jom menyumbang kepada usaha dakwah ini walau sedikit demi memastikan iainya terus berjalan dan semoga rahmat Allah bersama kita semua.
Infaq anda boleh terus disalurkan melalui link berikut :

https://ghulamaldakwah.com/donations/tabung-infaq-kebajikan/

#MisiKhasSempornaSandakanMei2019
#MisiKhasRamadhan
#GhulamAlDakwah





[ad_2]

Sumber

Alamat

No. 8-1,
Suria Jelutong 1,
Jalan Bazar, U8/99, Bukit Jelutong,
40150 Shah Alam, Selangor,
Malaysia

Whatsapp : 019 868 2015

Visi Ghulam

Melahirkan Du’at
Menyebarkan Islam

Live Streaming

Hakcipta Terpelihara © 2022 Pertubuhan Ghulam Al Dakwah Selangor