Lihat MISI KHAS DAKWAH & KEBAJIKAN DI PULAU MAIGA, SEMPORNA & KG. MELAYU, SANDAKAN SABAH.

[ad_1]

Pada 22 dan 23 Mei 2019 lepas, Pertubuhan Ghulam Al Dakwah Selangor yang diketuai oleh Ustaz Abd Muein Abd Rahman telah mengadakan misi khas dakwah dan kebajikan di Pulau Maiga, Semporna dan Kg Melayu, Sandakan Sabah.

Alhamdulillah sebanyak 51 buah keluarga di Pulau Maiga dari kalangan penduduk bajau laut dan Suluk telah mendapat bantuan zakat. Manakala di Kg Melayu Sandakan kami telah mengagihkan bantuan kepada 483 buah keluarga wang zakat yang diamanahkan kepada pihak Pertubuhan untuk diagihkan sempena bulan Ramadhan.

Tonton vlog kami sepanjang perjalanan misi khas ke Semporna dan Sandakan bagi menyantuni penduduk warga tanpa negara di Sabah.

=============

Sekiranya anda ingin menjadi sebahagian team dakwah GAD, jom menyumbang kepada usaha dakwah ini walau sedikit demi memastikan iainya terus berjalan dan semoga rahmat Allah bersama kita semua.
Infaq anda boleh terus disalurkan melalui link berikut :

https://ghulamaldakwah.com/donations/tabung-infaq-kebajikan/

#MisiKhasSempornaSandakanMei2019
#MisiKhasRamadhan
#GhulamAlDakwah

[fb_vid id=”photo_id”:”433989367404313″”][fb_vid id=”433989367404313″]
[ad_2]

Sumber

JEJAK ASNAF SIRI 3.0 PERTUBUHAN GHULAM AL DAKWAH SELANGOR Tarikh : 25 Mei 2019 …

[ad_1]

JEJAK ASNAF SIRI 3.0 PERTUBUHAN GHULAM AL DAKWAH SELANGOR

Tarikh : 25 Mei 2019
Lokasi : PPRT Lembah Subang

Program jejak Asnaf siri ke tiga anjuran Pertubuhan Ghulam Al Dakwah Selangor yang diketuai oleh Saudara Nik dari Unit Kebajikan GAD telah berjaya menyantuni 16 buah keluarga Asnaf di PPRT Lembah Subang. Rata-rata penduduk di sana adalah dari kalangan golongan berpendapatan rendah dan beberapa keluarga yang kami ziarah kebanyakannya mempunyai masalah kewangan untuk menampung kehidupan seharian dengan bebanan kos kehidupan yang agak tinggi di tengah bandar.

Mereka boleh dikatakan antara golongan miskin bandar, walau duduknya di tengah bandar tetapi kehidupan segelintir besar dari mereka bagaikan kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang kerana tiada punca pendapatan yang tetap. Mungkin kita sangka dengan wujudnya perumahan PPRT seperti itu mereka banyak menerima bantuan kerajaan tetapi ada yang kita tidak tahu kemungkinan sewa rumah yang kadar hanya RM124 sebulan pun belum tentu mereka mampu bayar!

Jika tidak kita sebagai saudara seagama untuk membantu, siapa lagi? Program kita bukan sekadar program berkebajikan, namun yang utama adalah menyampaikan mesej dakwah walaupun hanya sekadar satu ayat/pesanan !
Jom sertai kami ke program jejak asnaf pada siri siri seterusnya untuk membantu mereka keluar dari kesusahan di dunia yang sementara dan yang utama membantu diri kita untuk membina saham akhirat bersama!

Anda hulur, kami sampaikan!

===================

Sekiranya anda ingin menjadi sebahagian team dakwah GAD, jom menyumbang kepada usaha dakwah ini walau sedikit demi memastikan iainya terus berjalan dan semoga rahmat Allah bersama kita semua.
Infaq anda boleh terus disalurkan melalui link berikut :

https://ghulamaldakwah.com/donations/tabung-infaq-kebajikan/

#JejakAsnafSiri3GAD
#GhulamAlDakwah





[ad_2]

Sumber

Al Kisah perigi di Pulau Maiga Idea untuk membina sebuah perigi di Pulau Maiga …

[ad_1]

Al Kisah perigi di Pulau Maiga

Idea untuk membina sebuah perigi di Pulau Maiga tercetus pada bulan September 2018 selepas beberapa kali isu terputusnya bekalan air bersih untuk kegunaan wudhu dan keperluan asas guru tajaan GAD yang kita lantik untuk menjadi imam dan mengajar iqra/Al Quran kepada anak-anak Bajau Laut dan Suluk yang menetap di Pulau Maiga di sekitar Surau Ghulam Al Dakwah Pulau Maiga. Setiap minggu pihak GAD akan membeli bekalan air bersih dari Semporna dan dihantar ke PulauMaiga untuk kegunaan surau. Kos setiap kali penghantaran bekalan air bersih bagi memuatkan 3 tangki sekitar RM150 dan hanya mampu bertahan selama seminggu sahaja. Kami terpaksa menaja sekitar Rm600 sebulan bagi menyediakan bekalan air bersih untuk kegunaan surau Pulau Maiga. Satu kos yang agak besar dan belum termasuk kos-kos lain seperti minyak petrol untuk menghidupkan generator dan sekarang alhamdulillah hasil infaq orang ramai, kita berjaya membina sebuah tenaga solar di surau yang dipasang menggantikan generator. Jazakumullahu khayran kepada penginfaq dan sehingga kini ianya sangat bermanfaat dan dapat digunakan sepenuhnya dan duit GAD juga selamat untuk menampung kos mintak petrol bagi menghidupkan generator untuk Surau setiap bulan.

Cerita Perigi pertama yang dibina adalah hasil sumbangan Projek Infak Quran Daily (PIQD) yang kosnya sekitar Rm4500 menggunakan kepakaran tempatan yang diupah dari bandar Semporna untuk korek dan menggunakan sistem tubing dan air dipam terus ke tangki Surau.

Perigi pertama ini sempat digunakan oleh penduduk kampung sekitar 3 ke 4 minggu sahaja dan kerap tersumbat pasir halus ke dalam paip yang ditanam di dalam perigi. Kata tukang tersebut, perigi ini perlu diservis seminggu sekali bagi membuang pasir halus yang tersekat di penapis paip menyebabkan air tidak dapat dipam ke tangki. Oleh kerana misi dakwah kita sebulan sekali, maka pada bulan seterusnya kami buat pantauan dan melawat semula keadaan perigi tersebut untuk selesaikan masalah yang berlaku. Alhamdulillah a'la kulli hal, perigi pertama sudah tersumbat dan paip yang ditanam di dalam perigi terus tertanam selamanya dan tak dapat dikeluarkan walau ditarik oleh 5 lelaki gagah perkasa.

Tukang yang kami upah sebelum ini kami bawa ke Pulau Maiga dan minta cek semula keadaan perigi. Selepas berbincang, cadangannya, dia minta kita tambah Rm1500 untuk kos dia korek semula Perigi ke dua dan kali ini dia akan pasang pagar supaya tidak ada yang boleh mengusik paip yang ditanam dan dia akan ajar beberapa orang penduduk di situ termasuk guru yang kita lantik untuk servis setiap minggu. Betul kata pepatah, oleh kerana yang servis dari kalangan penduduk kampung yang bagaikan tikus membaiki labu dan akhirnya perigi ke dua juga tersumbat dan tak dapat diselamatkan. Alhamdulillah dua perigi selamat disemadikan di belakang surau pulau maiga.

Namun, tak berakhir di situ. Guru yang kita lantik yang menetap di Pulau Maiga itu (Rijal nama diberi atau Maiga Boy nama yang dikenali penduduk pulau) mengerah tenaga beliau bersama anak didiknya untuk mengorek perigi yang ke tiga! Ceritanya, 3hari 3malam beliau korek dengan anak didiknya dan alhamdulillah berjaya mendapatkan air dengan kedalaman 5kaki dan lubang perigi besarnya lebih kurang 3-4 kaki. Misi dakwah pada bulan hadapan kami tiba di Pulau Maiga dan menyaksikan sendiri perigi yang dikorek oleh Rijal dan pelajarnya. Kami kagum dengan usaha beliau yang tidak berputus asa dan sentiasa kreatif menyelesaikan masalah yang dihadapinya. Binaan pagar dan atap yang dibina pada perigi ke dua, dicabut dan dipasang semula pada perigi ke tiga. Alhamdulillah perigi ketiga juga berjaya digunakan selama beberapa bulan dan isu yang sama, paip air tersumbat dengan pasir halus dan air tetap tidak dapat dipam masuk ke tangki. Kesannya pam yang digunakan sehingga rosak dan tak dapat dibaiki lagi. Terkubur sekali lagi perigi ke tiga di Pulau Maiga.

Seminggu sebelum kami meneruskan misi dakwah pada bulan Ramadhan tahun ini, kami mendapat berita dari Rijal bahawa ada beberapa jemaah Tabligh yang datang untuk berdakwah di sekitar Pulau Maiga. Kami bertanya, bagaimana keadaan bekalan air di sana dan jika perlu kita akan membeli seperti biasa untuk kegunaan surau. Kata Rijal, jemaah tabligh berbincang dan bersetuju untuk membina perigi yang ke 4!

Dan perigi tersebut baru dikorek pada 21 Mei 2019 dan sehari sebelum kami sampai di Pulau Maiga semalam. Apabila tiba di Surau Pulau Maiga, kami disambut dan bersalaman bersama jemaah tabligh yang telah menetap selama 5 hari. Perancangan asal mereka untuk berada di situ selama 3 hari sahaja, tetapi apabila melihat kan keadaan surau yang sudah cantik dan tersedia penuh fasiliti tetapi bekalan air bersih tidak ada, maka mereka berbincang untuk tinggal 2hari lagi dan membina sebuah perigi lain berhampiran perigi perigi yang terkubur di belakang surau. Mereka membeli pam baru dan paip saliran baru. Hampir 3 kali keluar masuk ke Pulau Maiga bagi memastikan perigi kali ini berjaya diselesaikan.

Kesepakatan jemaah tabligh sangat mengagumkan. Mereka mengorek perigi tersebut pada sebelah malam kerana cuaca pada siang sangat panas dan dalam keadaan berpuasa. Alhamdulillah Perigi tersebut berjaya dikorek dari lepas terawih sehingga jam 3pagi dengan kedalaman sekitar 7-8kaki dan keluasan 5kaki. Kami tiba dan melihat sendiri perigi tersebut yang siap dibina benteng untuk menghalang pasir terjunam dan air yang mereka peroleh seperti air mineral dan boleh diminum, digunakan untuk memasak! Berbeza dengan perigi sebelum ini, airnya rasa seperti payau dan tak dapat digunakan untuk minum dan memasak.

Kesungguhan pada wajah mereka menampakkan keikhlasan pada diri mereka untuk membantu penduduk kampung mendapatkan bekalan air bersih. Dengan terbinanya perigi ke 4 ini mari kita doakan agar ianya terus kekal dan dapat digunakan seluruh penduduk pulau maiga terutama untuk keperluan surau dan lain-lain. Semoga manfaat ini menjadikan pahala buat semua. Termasuk para penginfaq dari perigi pertama kerana dari usaha yang awal itulah menjadi asbab terbinanya usaha yang terus menerus. Semoga iainya menjadi pahala yang mengalir bagaikan sungai dan terbentang kebaikan seluas lautan biru. Sama sama kita bantu sama ada melalui idea, tenaga, masa, wang ringgit mahupun DOA dari kalian semua untuk memastikan usaha dakwah ini terus berjalan!

==========================

Sekiranya anda ingin menjadi sebahagian team dakwah GAD, jom menyumbang kepada usaha dakwah ini walau sedikit demi memastikan iainya terus berjalan dan semoga rahmat Allah bersama kita semua.
Infaq anda boleh terus disalurkan melalui link berikut :

https://ghulamaldakwah.com/donations/tabung-infaq-kebajikan/

#CeritaPerigiPulauMaiga
#MisiKhasSempornaSandakanMei2019
#MisiKhasRamadhan
#GhulamAlDakwah





[ad_2]

Sumber

Petang tadi setibanya kami di Jeti Pelancong Semporna, kami bertolak ke Pulau Ma…

[ad_1]

Petang tadi setibanya kami di Jeti Pelancong Semporna, kami bertolak ke Pulau Maiga untuk agihan zakat kepada semua penduduk bajau laut dan Suluk yang menetap di Pulau Maiga.

Setibanya kami di Pulau Maiga, kami disambut baik oleh grup jemaah tabligh dari Terengganu yang telah 5 hari bermusafir dan berdakwah di sekitar Pulau Maiga. Cerita mereka akan saya kongsi kan dalam posting seterusnya tentang usaha kebajikan dan dakwah yang telah mereka lakukan di Pulau Maiga.

Alhamdulillah selepas Asar tadi telah selesai semua agihan wang zakat kepada 51 buah keluarga di Pulau Maiga, Semporna Sabah. Sebelum sesi agihan, Tazkirah disampaikan oleh Ustaz Abd Muein Abd Rahman dan intipati Tazkirah tadi mengingatkan mereka tentang kebesaran dan rahmat Allah yang hadir kepada mereka dan menyeru mereka untuk belajar tentang Islam dengan Ustaz Rijal yang telah ditaja oleh GAD untuk mengajar iqra, Al Quran dan fardhu ain kepada penduduk di sana. Semoga rahmat dan hidayah Allah bersama mereka dan dengan harapan akan lahir perintis daie yang akan mewarisi usaha dakwah para anbia untuk mengislahkan komuniti bajau laut yang terpinggir dari arus ketamadunan manusia.

=========================

Sekiranya anda ingin menjadi sebahagian team dakwah GAD, jom menyumbang kepada usaha dakwah ini walau sedikit demi memastikan iainya terus berjalan dan semoga rahmat Allah bersama kita semua.
Infaq anda boleh terus disalurkan melalui link berikut :

https://ghulamaldakwah.com/donations/tabung-infaq-kebajikan/

#MisiKhasSempornaSandakanMei2019
#MisiKhasRamadhan
#GhulamAlDakwah





[ad_2]

Sumber

Misi Khas RAMADHAN kali ini diteruskan dengan tujuan untuk memberi elaun guru ba…

[ad_1]

Misi Khas RAMADHAN kali ini diteruskan dengan tujuan untuk memberi elaun guru bagi bulan Mei 2019 di Semporna seramai 14 orang dan memberi agihan wang zakat kepada penduduk Pulau Maiga.

Insha Allah esok kami akan teruskan misi ke Sandakan, Sabah untuk tujuan yang sama. Memberi elaun untuk 4 orang guru yang mengajar di Surau Kg Melayu Sandakan Sabah dan memberi agihan wang zakat kepada penduduk sekitar yang telah dirancang lebih awal bagi memudahkan kelancaran aktiviti di sana.

Doakan segala urusan dipermudahkan dan semoga Allah merahmati kita semua INSHA Allah.

===========================

Sekiranya anda ingin menjadi sebahagian team dakwah GAD, jom menyumbang kepada usaha dakwah ini walau sedikit demi memastikan iainya terus berjalan dan semoga rahmat Allah bersama kita semua.
Infaq anda boleh terus disalurkan melalui link berikut :

https://ghulamaldakwah.com/donations/tabung-infaq-kebajikan/

#MisiKhasRAMADHAN1440H
#MisiKhasSempornaSandakanMei2019
#GhulamAlDakwah





[ad_2]

Sumber

Lihat [LIVE] 08/5/2019 Rabu, Ybhg. Ustaz Abd Muein Abd Rahman (Surah Al Haqqah Ayat 33-43)

[ad_1]

Live !!!
🏷Tadabbur Al Quran

Disampaikan oleh :
Ustaz Abd Muein Abd Rahman

πŸ”– Tajuk :Tadabbur surah Al Haqqah ayat 33-43

πŸ—“ Tarikh : 8 Mei 2019
πŸ•° Masa : 2:40 pm

πŸŽ₯ Link Facebook :
https://www.facebook.com/ghulamaldakwahofficial/videos/429697987593028/

===============

Salurkan Infaq anda bagi memastikan usaha dakwah ini terus berjalan. Infaq anda boleh terus disalurkan melalui link berikut :

βš› https://ghulamaldakwah.com/donations/tabung-infaq-kebajikan/

Subscribe & follow us on :
->Facebook page
->YouTube
->Instagram
🌐 www.ghulamaldakwah.com

.
#MelahirkanDuatMenyebarkanIslam
#GhulamAlDakwah

[fb_vid id=”photo_id”:”429697987593028″”][fb_vid id=”429697987593028″]
[ad_2]

Sumber

PAHALA AMALAN DILIPAT GANDA PADA BULAN RAMADHAN Berdasarkan hadits yang tertera…

[ad_1]

PAHALA AMALAN DILIPAT GANDA PADA BULAN RAMADHAN

Berdasarkan hadits yang tertera dalam kitab ash-Shahiihain dari hadits Abu Hurairah Radhiyallahu anhhu:

Ω‚ΩŽΨ§Ω„ΩŽ اللهُ ΨΉΩŽΨ²Ω‘ΩŽ ΩˆΩŽΨ¬ΩŽΩ„Ω‘ΩŽ: كُلُّ ΨΉΩŽΩ…ΩŽΩ„Ω ابْنِ Ψ’Ψ―ΩŽΩ…ΩŽ Ω„ΩŽΩ‡Ω Ψ₯ΩΩ„Ψ§Ω‘ΩŽ Ψ§Ω„Ψ΅Ω‘ΩΩŠΩŽΨ§Ω…ΩŽ فَΨ₯ΩΩ†Ω‘ΩŽΩ‡Ω Ω„ΩΩŠ ΩˆΩŽΨ£ΩŽΩ†ΩŽΨ§ Ψ£ΩŽΨ¬Ω’Ψ²ΩΩŠ بِهِ…

β€œAllah Subhanahu wa Ta’ala berfirman, β€˜Setiap amal yang dilakukan anak Adam adalah untuknya, kecuali puasa. Sesungguhnya puasa itu untuk-Ku. Akulah yang akan mengganjarnya…’”

Dalam riwayat Imam Muslim disebutkan:

كُلُّ ΨΉΩŽΩ…ΩŽΩ„Ω ابْنِ Ψ’Ψ―ΩŽΩ…ΩŽ يُآَاعَفُ Ψ§Ω„Ω’Ψ­ΩŽΨ³ΩŽΩ†ΩŽΨ©Ω ΨΉΩŽΨ΄Ω’Ψ±Ω Ψ£ΩŽΩ…Ω’Ψ«ΩŽΨ§Ω„ΩΩ‡ΩŽΨ§ Ψ₯ΩΩ„ΩŽΩ‰ Ψ³ΩŽΨ¨Ω’ΨΉΩ…ΩΨ§Ψ¦ΩŽΨ© آِعْفٍ Ω‚ΩŽΨ§Ω„ΩŽ اللهُ ΨΉΩŽΨ²Ω‘ΩŽ ΩˆΩŽΨ¬ΩŽΩ„Ω‘ΩŽ Ψ₯ΩΩ„Ψ§Ω‘ΩŽ Ψ§Ω„Ψ΅Ω‘ΩŽΩˆΩ’Ω…ΩŽ فَΨ₯ΩΩ†Ω‘ΩŽΩ‡Ω Ω„ΩΩŠ ΩˆΩŽΨ£ΩŽΩ†ΩŽΨ§ Ψ£ΩŽΨ¬Ω’Ψ²ΩΩŠ بِهِ يَدَعُ Ψ΄ΩŽΩ‡Ω’ΩˆΩŽΨͺΩŽΩ‡Ω ΩˆΩŽΨ·ΩŽΨΉΩŽΨ§Ω…ΩŽΩ‡Ω مِنْ Ψ£ΩŽΨ¬Ω’Ω„ΩΩŠ.

β€œSetiap amal yang dilakukan anak Adam akan dilipatgandakan. Satu kebaikan dilipatgandakan menjadi sepuluh sampai tujuh ratus kali lipat. Lalu Allah Azza wa Jalla berfirman, β€œKecuali puasa. Sesungguhnya puasa itu untuk-Ku dan Aku-lah yang memberi ganjarannya. Orang yang berpuasa meninggalkan syahwat dan makannya demi Aku semata.” [Shahih Muslim (II/807) Kitaabush Shiyaam bab Fadhlush Shiyaam]

Imam an-Nawawi rahimahullah mengatakan, β€œFirman Allah Ta’ala yang menyatakan, β€˜Dan Aku-lah yang memberi ganjarannya,’ merupakan penjelasan yang nyata tentang kebesaran karunia Allah dan melimpahnya balasan pahala-Nya karena sesungguhnya orang yang mulia dan dermawan jika mengabarkan bahwa dia sendiri yang akan menanggung balasannya, ini menunjukkan betapa besar kadar balasan yang dia persembahkan dan betapa luas pemberian yang Dia berikan.” [ Syarhun Nawawi li Shahiih Muslim (VIII/29)]

Semoga menjadi motivasi untuk kita memperbanyak amalan di dalam bulan Ramadhan.

===========================

Sekiranya anda ingin menjadi sebahagian team dakwah GAD, jom menyumbang kepada usaha dakwah ini walau sedikit demi memastikan iainya terus berjalan dan semoga rahmat Allah bersama kita semua.
Infaq anda boleh terus disalurkan melalui link berikut :

https://ghulamaldakwah.com/donations/tabung-infaq-kebajikan/

#GhulamAlDakwah


[ad_2]

Sumber

Tonton Video

[ad_1]

Live !!!
🏷Tadabbur Al Quran

Disampaikan oleh :
Ustaz Abd Muein Abd Rahman

πŸ”– Tajuk :Tadabbur surah Al Kahf ayat 50-54

πŸ—“ Tarikh : 2 Mei 2019
πŸ•° Masa : 5:00 pm

πŸŽ₯ Link Facebook :
https://www.facebook.com/ghulamaldakwahofficial/videos/392188218299932/

===============

Salurkan Infaq anda bagi memastikan usaha dakwah ini terus berjalan. Infaq anda boleh terus disalurkan melalui link berikut :

βš› https://ghulamaldakwah.com/donations/tabung-infaq-kebajikan/

Subscribe & follow us on :
->Facebook page
->YouTube
->Instagram
🌐 www.ghulamaldakwah.com

.
#MelahirkanDuatMenyebarkanIslam
#GhulamAlDakwah

[fb_vid id=”photo_id”:”645646552574764″”][fb_vid id=”645646552574764″]
[ad_2]

Sumber

Lihat ((Live)) YBhg. Ustaz Abdul Muien Abdul Rahman Tadabbur Al-Quran

[ad_1]

Live !!!
🏷Tadabbur Al Quran

Disampaikan oleh :
Ustaz Abd Muein Abd Rahman

πŸ”– Tajuk : Tadabbur Al-Quran surah Al Haqqah ayat 21-33

πŸ—“ Tarikh : 01 Mei 2019
πŸ•° Masa : 3.00pm

πŸŽ₯ Link Facebook :

===============

Salurkan Infaq anda bagi memastikan usaha dakwah ini terus berjalan. Infaq anda boleh terus disalurkan melalui link berikut :

βš› https://ghulamaldakwah.com/donations/tabung-infaq-kebajikan/

Subscribe & follow us on :
->Facebook page
->YouTube
->Instagram
🌐 www.ghulamaldakwah.com

.
#MelahirkanDuatMenyebarkanIslam
#GhulamAlDakwah

[fb_vid id=”photo_id”:”809903746044215″”][fb_vid id=”809903746044215″]
[ad_2]

Sumber

Tonton Video

[ad_1]

Live !!! Part 2
🏷Tadabbur Al Quran

Disampaikan oleh :
Ustaz Abd Muein Abd Rahman

πŸ”– Tajuk : Tadabbur surah Al Mujadalah ayat 7

πŸ—“ Tarikh : 30 Apr 2019
πŸ•° Masa : 3.15pm

πŸŽ₯ Link Facebook :

===============

Salurkan Infaq anda bagi memastikan usaha dakwah ini terus berjalan. Infaq anda boleh terus disalurkan melalui link berikut :

βš› https://ghulamaldakwah.com/donations/tabung-infaq-kebajikan/

Subscribe & follow us on :
->Facebook page
->YouTube
->Instagram
🌐 www.ghulamaldakwah.com

.
#MelahirkanDuatMenyebarkanIslam
#GhulamAlDakwah

[fb_vid id=”photo_id”:”2055517894745921″”][fb_vid id=”2055517894745921″]
[ad_2]

Sumber

Alamat

No. 8-1,
Suria Jelutong 1,
Jalan Bazar, U8/99, Bukit Jelutong,
40150 Shah Alam, Selangor,
Malaysia

Whatsapp : 019 868 2015

Visi Ghulam

Melahirkan Du’at
Menyebarkan Islam

Live Streaming

Hakcipta Terpelihara Β© 2022 Pertubuhan Ghulam Al Dakwah Selangor