Misi Dakwah & Bantuan Kemanusiaan PKP 3.0 – Pulau Pinang



MISI BANTUAN KEMANUSIAAN PKP 3.0 PULAU PINANG.
Tempat: Kg Nelayan Teluk Kumbar & Kg Perlis, Balik Pulau, Pulau Pinang.
Hari: Jumaat & Sabtu 2-3/7/2021

Salurkan INFAQ anda ke:
MAYBANK
PERTUBUHAN GHULAM AL DAKWAH SELANGOR
NO AKAUN: 5624 7815 5104
BANK ISLAM
PERTUBUHAN GHULAM AL DAKWAH SELANGOR
NO AKAUN: 1218 6010 0057 49

Sumber

Vlog #1 Pulau Sebatik, Sabah



Misi Dakwah ke Pulau Sebatik, Sabah oleh Team Ghulam Al-Dakwah yang diketuai oleh Ust. Abd Muein Abd Rahman pada 29-30 Jun 2019.
Misi singkat ini disertai oleh 6 orang AJK dari Persatuan Ghulam Al-Dakwah. Selain dari program kuliah Maghrib, pihak GAD juga mengedarkan naskah Alquran terjemahan secara percuma kepada penduduk Kg Mentadak Baru. Terima kasih diucapkan kepada para penginfaq sekalian…..

Sumber

Misi Dakwah GAD di Pulau Jambongan (19-20 Jan 2019)



Misi Dakwah & Kebajikan yang diadakan pada 19-20 Jan 2019 merupakan siri pertama bagi Pertubuhan Ghulam Al Dakwah Selangor menyantuni penduduk di Pulau Jambongan.

Perjalanan menaiki Van mengambil masa lebih kurang 4 jam dengan jarak anggaran 250km dari bandar Sandakan ke Jeti Paitan yang berada dalam daerah Beluran, Sabah. Kemudian kami menaiki bot meredah sungai selama hampir 1jam dan merentas lautan selama 30minit untuk tiba di Kg Hujung, Pulau Jambongan.

Program di Sek Keb Malalin dengan kerjasama MADS pada jam 2.00pm dan sekali lagi kami perlu menaiki bot menuju ke sana selama 20minit. Kemudahan di Pulau Jambongan sangat dhaif kerana sangat ketinggalan dari segi kemajuan infrastruktur yang disediakan kerana langsung tiada jalan bertar, tiada air bersih melainkan air hujan yang ditadah, tiada kemudahan elektrik dan bahkan tiada talian telefon melainkan menara telefon milik kem tentera dan itupun hanya ada di beberapa kawasan sahaja.

Jemput menonton rakaman perjalanan kami ke sana demi menyampaikan sebuah kalam Allah…

#PulauJambongan
#MisiDakwahGAD
#GhulamAlDakwah

Sumber

PROJEK RUMAH PULAU MAIGA



Projek Bantuan Rumah Bajau di Pulau Maiga

1. Alhamdulillah antara projek yang telah berjaya dilaksanakan hasil sumbangan ramai adalah pembinaan semula 9 buah rumah yang didirikan di atas air untuk mangsa ribut di Pulau Maiga yang bermula awal Sept 2018 dan kesemuanya berjaya disiapkan pada awal Okt 2018.

2. Kos peruntukan asal sebuah rumah Rm3000 dan setelah projek berjalan, didapati kos meningkat berikutan pelbagai masalah yang perlu dihadapi seperti cuaca yang tidak begitu mengizinkan maka ada proses penghantaran kayu sudah separuh perjalanan dan terpaksa patah balik apabila melibatkan risiko bot karam kerana gelombang ombak yang begitu kuat, kos harga kayu yang berbeza mengikut supplier kilang kerana stok terhad dan lain lain perkara. Oleh yang demikian kos keseluruhan sekitar RM3800 termasuk kos yang melibatkan pengangkutan bot, barang-barang pembinaan seperti kayu, Plywood, zink, paku, bol nat dan upah yang dipantau sendiri oleh wakil GAD selama sebulan di sana.

3. Pelbagai masalah dan cabaran sepanjang tempoh bantuan pembinaan ini berjalan namun semua itu tidak mematahkan semangat kami untuk meneruskan projek ini yang menjadi salah satu usaha dan strategik untuk menarik minat mereka dan menjinakkan jiwa mereka untuk mendengar mesej dakwah yang ingin kami sampaikan dari Al Quran dan As Sunnah setiap kali kehadiran kami di Pulau Maiga.

4. Semoga dengan bantuan ini meringankan beban kehidupan mereka di dunia dan yang paling utama adalah bantuan ilmu agar mereka dapat keluar dari kegelapan kehidupan kepada sinar cahaya ilmu dan iman yang mereka pelajari hasil dari usaha kita bersama yang memastikan Surau Ghulam Al Dakwah, Pulau Maiga mempunyai Imam dan guru Al quran yang boleh mengajar mereka solat, membaca al quran dan seterusnya memahami isi kandungan Al Quran yang diturunkan kepada umat akhir zaman, Insha Allah.

5. Oleh yang demikian, untuk memastikan usaha dakwah ini terus berjalan, maka pihak Pertubuhan Ghulam Al Dakwah Selangor ingin membuka seluasnya tabung infaq umum bagi usaha dakwah dan kebajikan yang dijalankan setiap bulan. Segala sumbangan boleh terus disalurkan ke akaun bank

PERTUBUHAN GHULAM AL DAKWAH SELANGOR
NO AKAUN : 5624-7815-5104
BANK : MAYBANK

Semoga setiap sumbangan yang diberikan dan apa sahaja yang dirancang dan diusahakan demi kebaikan dakwah ini dinilai sebagai amal soleh di akhirat kelak dan segala bantuan yang diberikan kami ucapkan jazakumullahu khayran kepada semua penginfaq.

Sumber

Alamat

No. 8-1,
Suria Jelutong 1,
Jalan Bazar, U8/99, Bukit Jelutong,
40150 Shah Alam, Selangor,
Malaysia

Whatsapp : 019 868 2015

Visi Ghulam

Melahirkan Du’at
Menyebarkan Islam

Live Streaming

Hakcipta Terpelihara © 2022 Pertubuhan Ghulam Al Dakwah Selangor