Lihat [LIVE] 12/6/2019 Rabu, Ybhg. Ustaz Abd Muein Abd Rahman (Tadabbur surah Ash Shuara Ayat 202 – 211)

[ad_1]

Live !!!
🏷Tadabbur Al Quran

Disampaikan oleh :
Ustaz Abd Muein Abd Rahman

🔖 Tajuk : Surah Asy-Syuara ayat 202-211

🗓 Tarikh : 12 Jun 2019
🕰 Masa : 9.45pm

🎥 Link Facebook :
https://www.facebook.com/ghulamaldakwahofficial/videos/430584124440703/
===============

Salurkan Infaq anda bagi memastikan usaha dakwah ini terus berjalan. Infaq anda boleh terus disalurkan melalui link berikut :

https://ghulamaldakwah.com/donations/tabung-infaq-kebajikan/

Subscribe & follow us on :
->Facebook page
->YouTube
->Instagram
🌐 www.ghulamaldakwah.com

.
#MelahirkanDuatMenyebarkanIslam
#GhulamAlDakwah

[fb_vid id=”photo_id”:”430584124440703″”][fb_vid id=”430584124440703″]
[ad_2]

Sumber

Lihat Perkembangan Kelas Mengaji Al Quran & Kelas Membaca di Semporna

[ad_1]

Perkembangan Kelas Mengaji Al Quran & Kelas Membaca di Semporna

Di antara usaha utama pihak Pertubuhan Ghulam Al Dakwah Selangor (GAD) yang diterajui oleh Ustaz Abd Muein Abd Rahman ialah dengan menjalankan aktiviti kebajikan dan dakwah di Semporna Sabah dengan menganjurkan kelas pengajian Al Quran yang bermula dari Iqra dan kelas membaca bagi kanak kanak buta huruf yang tidak bersekolah secara PERCUMA!

Selari dengan objektif GAD untuk menyampaikan mesej dakwah di kawasan pedalaman, maka usaha yang dijalankan ini yang bermula sejak Apr 2017 sehingga kini pertengahan tahun 2019 alhamdulillah secara keseluruhannya semakin menampakkan hasil sebagaimana benih yang mula bercambah untuk menjadi anak pokok. Begitulah perumpamaan yang dapat kami gambarkan permulaan usaha dakwah di Semporna yang disemaikan dengan mewujudkan beberapa kelas pengajian iqra di Kg Bangau Bangau dan di Kg Halo. Kemudian apabila semakin ramai kanak kanak yang mendaftar dan gerakan dakwah semakin berkembang maka dibuka pula beberapa kelas di tempat lain seperti Kg Labuan Haji, Kg Pinggir Bakau, Kg Panji dan di Pulau Maiga.

Bermula dengan 4 orang guru terawal yang dipilih berdasarkan kelayakan mengajar iqra sahaja (jika hendak diukur dengan kelayakan akademik, mungkin usaha dakwah ini tak akan dapat dimulakan kerana sebahagian guru yang dipilih dari kalangan penduduk kampung tersebut dan tidak berpendidikan tinggi) dan sehingga kini pihak GAD telah menaja 14 orang guru semuanya yang dibayar elaun setiap hujung bulan.

Jika ditanya berapa jumlah elaun yang dibayar? Mereka semua ini dibayar dengan kadar Rm350 sebulan bagi satu kelas untuk 4 sesi mengajar setiap minggu (2jam setiap sesi untuk sehari) dan sekiranya ada yang mampu mengadakan kelas lain maka jumlah elaun yang sama dan syarat yang sama diberikan. Jumlah keseluruhan komitmen GAD bagi menampung tajaan elaun guru iqra/alquran dan membaca hampir mencecah Rm7000 di Semporna.

Alhamdulillah walaupun usaha ini tidak lah terlalu besar namun secara keseluruhan kami berpuas hati dengan impak yang ada dan sekurang kurangnya ada juga usaha dakwah yang telah dilakukan bagi memastikan risalah Islam telah sampai kepada mereka nun jauh di pedalaman yang di darat mahupun di lautan.

Apa hasilnya??? …
Anda boleh tonton sendiri klip video yang telah kami rangkumkan. Semoga semua usaha ini menjadi bekalan saham akhirat bersama.

Youtube : https://youtu.be/GzBms6KF1Jo

Sekiranya anda ingin menjadi sebahagian pasukan dakwah GAD, ayuh menyumbang kepada usaha dakwah ini walau sedikit demi memastikan ianya terus berjalan dan semoga rahmat Allah bersama kita semua. Anda hulur, kami sampaikan!
Infaq anda boleh terus disalurkan melalui link berikut :

https://ghulamaldakwah.com/donations/tabung-infaq-kebajikan/

#KelasAlQuranDanMembacaSemporna
#GhulamAlDakwah

[fb_vid id=”photo_id”:”342092349774665″”][fb_vid id=”342092349774665″]
[ad_2]

Sumber

Lihat [LIVE] 12/6/2019 Rabu, Ybhg. Ustaz Abd Muein Abd Rahman (Tadabbur surah Al – Ma’idah Ayat 1 – 2)

[ad_1]

Live !!!
🏷Tadabbur Al Quran

Disampaikan oleh :
Ustaz Abd Muein Abd Rahman

🔖 Tajuk :Tadabbur surah Al-Ma“idah ayat 1-2

🗓 Tarikh : 12 Jun 2019
🕰 Masa : 11:45 am

🎥 Link Facebook :
https://www.facebook.com/ghulamaldakwahofficial/videos/2259631254144049/
===============

Salurkan Infaq anda bagi memastikan usaha dakwah ini terus berjalan. Infaq anda boleh terus disalurkan melalui link berikut :

https://ghulamaldakwah.com/donations/tabung-infaq-kebajikan/

Subscribe & follow us on :
->Facebook page
->YouTube
->Instagram
🌐 www.ghulamaldakwah.com

.
#MelahirkanDuatMenyebarkanIslam
#GhulamAlDakwah

[fb_vid id=”photo_id”:”2259631254144049″”][fb_vid id=”2259631254144049″]
[ad_2]

Sumber

Siri Tadabbur Al Quran Oleh : Ustaz Abd Muein Abd Rahman Surah Ar Rum ayat 58-…

[ad_1]

Siri Tadabbur Al Quran
Oleh : Ustaz Abd Muein Abd Rahman
Surah Ar Rum ayat 58-60 (Ayat akhir)

Tadabbur ayat 58 :

وَلَقَدۡ ضَرَبۡنَا لِلنَّاسِ فِي هَٰذَا ٱلۡقُرۡءَانِ مِن كُلِّ مَثَلٖۚ وَلَئِن جِئۡتَهُم بِـَٔايَةٖ لَّيَقُولَنَّ ٱلَّذِينَ كَفَرُوٓاْ إِنۡ أَنتُمۡ إِلَّا مُبۡطِلُونَ

Dan sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada manusia segala macam perumpamaan dalam Al-Qur'an ini. Dan jika engkau membawa suatu ayat kepada mereka, pastilah orang-orang kafir itu akan berkata, ”Kamu hanyalah orang-orang yang membuat kepalsuan belaka.”
-Sura Ar-Rum, Ayat 58

Kalimah وَلَقَدۡ menunjukkan ada 3 penegasan yang sangat penting. Iaitu Wallahi (Demi Allah), Pasti dan sesungguhnya.

Allah jelaskan bahawa telah dijelaskan segalanya di dalam Al Quran. Secara umumnya Al Quran terbahagi 3 bahagian.
Bahagian pertama cerita akidah. Bahagian kedua tentang kisah kisah. Bahagian ketiga hukum hakam.

Dalam satu kisah Nabi bertanya kepada sahabat ayat al Quran yang mana paling agung. Lalu Ubai bin Kaab menjawab ayatul Kursi dan Nabi mengiyakan nya. Kerana ayat paling agung adalah berkaitan akidah. Rahmat Allah paling besar adalah untuk hambaNya mudah memahami apa yang nak disampaikan di dalam Al Quran.

Sepatutnya Al Quran ini mudah difahami tetapi kenapa ramai juga yang tak faham? Sedangkan dalam bab dunia bersungguh menjadi pakar walau sesusah mana. Kerana puncanya satu sahaja iaitu manusia tidak berfikir kebesaran ciptaan Allah.

Kemudian Allah jelaskan kata orang kafir apa sahaja yang kamu Muhammad bawa keterangan semuanya adalah palsu. Apa sebab orang kafir mendustakan keterangan Nabi? Adakah tidak jelas? Sedangkan golongan hamba seperti Bilal pun mudah menerima dan memahami apa yang Nabi sampaikan.

Rujuk surah al mulk tuduhan orang kafir kepada nabi dan mereka mendustakan keterangan yang disampaikan dan menuduh Nabi membawa kesesatan.

قَالُواْ بَلَىٰ قَدۡ جَآءَنَا نَذِيرٞ فَكَذَّبۡنَا وَقُلۡنَا مَا نَزَّلَ ٱللَّهُ مِن شَيۡءٍ إِنۡ أَنتُمۡ إِلَّا فِي ضَلَٰلٖ كَبِيرٖ

Mereka menjawab, “Benar, sungguh, seorang pemberi peringatan telah datang kepada kami, tetapi kami mendustakan(nya) dan kami katakan, “Allah tidak menurunkan sesuatu apa pun, kamu sebenarnya di dalam kesesatan yang besar.”
-Sura Al-Mulk, Ayat 9

وَقَالُواْ لَوۡ كُنَّا نَسۡمَعُ أَوۡ نَعۡقِلُ مَا كُنَّا فِيٓ أَصۡحَٰبِ ٱلسَّعِيرِ

Dan mereka berkata, “Sekiranya (dahulu) kami mendengarkan atau memikirkan (peringatan itu) tentulah kami tidak termasuk penghuni neraka yang menyala-nyala.”
-Sura Al-Mulk, Ayat 10

Tadabbur ayat 59 :

كَذَٰلِكَ يَطۡبَعُ ٱللَّهُ عَلَىٰ قُلُوبِ ٱلَّذِينَ لَا يَعۡلَمُونَ

Demikianlah Allah mengunci hati orang-orang yang tidak (mau) memahami.
-Sura Ar-Rum, Ayat 59

Lalu Allah jelaskan orang orang kafir telah dikunci hatinya.
Apa saluran mendapat ilmu? Iaitu melalui pendengaran dan penglihatan. Sekiranya Allah sudah mengunci hati adakah ada peluang untuk mendapat hidayah? Ya. Caranya dengan bertaubat kepada Allah.

Tadabbur ayat 60 :

فَٱصۡبِرۡ إِنَّ وَعۡدَ ٱللَّهِ حَقّٞۖ وَلَا يَسۡتَخِفَّنَّكَ ٱلَّذِينَ لَا يُوقِنُونَ

Maka bersabarlah engkau (Muhammad), sungguh, janji Allah itu benar dan sekali-kali jangan sampai orang-orang yang tidak meyakini (kebenaran ayat-ayat Allah) itu menggelisahkan engkau.
-Sura Ar-Rum, Ayat 60

Kenapa Allah perintahkan Nabi untuk bersabar? Adakah nabi tak sabar? Tidak! Sebenarnya Allah nak jelaskan kepada umatnya untuk bersabar atas janji Allah.

Apa maksud sabar? Iaitu tahan diri daripada marah dan merungut. Kadang kadang fizikal boleh tahan tapi mulut tak boleh sabar lalu keluar perkataan yang bercanggah dengan fizikalnya yang menahan marah. Adakah kita ada sifat sabar? Salah satu tujuan berpuasa adalah melahirkan manusia bersabar. Sebab itu apabila marah dan Nabi suruh kita katakan sesungguhnya aku sedang berpuasa.

Bila Allah perintahkan Nabi untuk bersabar? Adakah ketika peringkat awal dakwah atau akhir? Peringkat awal dakwah lagi Allah suruh nabi bersabar. Rujuk surah Muzammil ayat 1 hingga 11.

Antara perintah sabar kepada Nabi

وَٱصۡبِرۡ عَلَىٰ مَا يَقُولُونَ وَٱهۡجُرۡهُمۡ هَجۡرٗا جَمِيلٗا

Dan bersabarlah (Muhammad) terhadap apa yang mereka katakan dan tinggalkanlah mereka dengan cara yang baik.
-Sura Al-Muzzammil, Ayat 10

Sejak awal lagi Allah katakan kepada Nabi bersabarlah. Dalam ayat lain, Allah perintahkan untuk sabar dan solat. Kenapa Allah sebut sabar dahulu kemudian baru solat? Ibadah utama adakah sabar atau solat? Balasan Allah kepada hambaNya adalah berdasarkan sabar. Pahala kesabaran adalah lebih tinggi berbanding ibadah lain.

قُلۡ يَٰعِبَادِ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱتَّقُواْ رَبَّكُمۡۚ لِلَّذِينَ أَحۡسَنُواْ فِي هَٰذِهِ ٱلدُّنۡيَا حَسَنَةٞۗ وَأَرۡضُ ٱللَّهِ وَٰسِعَةٌۗ إِنَّمَا يُوَفَّى ٱلصَّٰبِرُونَ أَجۡرَهُم بِغَيۡرِ حِسَابٖ

Katakanlah (Muhammad), “Wahai hamba-hamba-Ku yang beriman! Bertakwalah kepada Tuhanmu.” Bagi orang-orang yang berbuat baik di dunia ini akan memperoleh kebaikan. Dan bumi Allah itu luas. Hanya orang-orang yang bersabarlah yang disempurnakan pahalanya tanpa batas.
-Sura Az-Zumar, Ayat 10

Sabar terbahagi kepada 3 bahagian.
i. Sabar melaksanakan perintah Allah.
ii. Sabar meninggalkan larangan.
iii. Sabar apabila ditimpa musibah.

Sabar melaksanakan perintah Allah adalah lebih sukar. Kerana ada proses untuk beramal. Contoh untuk solat perlu ambil wudhu dan ke masjid bagi lelaki. Sedangkan untuk meninggalkan larangan lebih ringan. Dan paling ringan adalah sabar apabila ditimpa musibah.

Bagaimana cara untuk sabar? Allah ajar kita dalam surah Ghafir ayat 55.

فَٱصۡبِرۡ إِنَّ وَعۡدَ ٱللَّهِ حَقّٞ وَٱسۡتَغۡفِرۡ لِذَنۢبِكَ وَسَبِّحۡ بِحَمۡدِ رَبِّكَ بِٱلۡعَشِيِّ وَٱلۡإِبۡكَٰرِ

Maka bersabarlah kamu, sesungguhnya janji Allah itu benar, dan mohonlah ampun untuk dosamu dan bertasbihlah seraya memuji Tuhanmu pada waktu petang dan pagi.
-Sura Ghafir, Ayat 55

Allah jelaskan untuk mendapat sabar adalah pertama kena bertaubat. Kadang kadang kita tak sabar kerana dosa kita. Kedua berzikir lah kepada Allah sepanjang masa. Rujuk surah ali imran ayat 191.

ٱلَّذِينَ يَذۡكُرُونَ ٱللَّهَ قِيَٰمٗا وَقُعُودٗا وَعَلَىٰ جُنُوبِهِمۡ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلۡقِ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ رَبَّنَا مَا خَلَقۡتَ هَٰذَا بَٰطِلٗا سُبۡحَٰنَكَ فَقِنَا عَذَابَ ٱلنَّارِ

(yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri, duduk atau dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), “Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia-sia; Mahasuci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka.
-Sura Aal-E-Imran, Ayat 191

Punca tak boleh sabar sebab dosa kita dan tidak berzikir kepada Allah.
Kisah Nabi Yunus di telan ikan paus. Pertama Nabi Yunus bertaubat dan berzikir. Rujuk doa nabi Yunus dalam perut ikan.

وَذَا ٱلنُّونِ إِذ ذَّهَبَ مُغَٰضِبٗا فَظَنَّ أَن لَّن نَّقۡدِرَ عَلَيۡهِ فَنَادَىٰ فِي ٱلظُّلُمَٰتِ أَن لَّآ إِلَٰهَ إِلَّآ أَنتَ سُبۡحَٰنَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ ٱلظَّٰلِمِينَ

Dan (ingatlah kisah) Zun Nun (Yunus), ketika dia pergi dalam keadaan marah, lalu dia menyangka bahwa Kami tidak akan menyulitkannya, maka dia berdoa dalam keadaan yang sangat gelap, ”Tidak ada tuhan selain Engkau, Mahasuci Engkau. Sungguh, aku termasuk orang-orang yang zhalim.”
-Sura Al-Anbiya', Ayat 87

Sekiranya Nabi Yunus tidak zikir dan istighfar maka dia akan ada dalam perut ikan sampai kiamat.

فَلَوۡلَآ أَنَّهُۥ كَانَ مِنَ ٱلۡمُسَبِّحِينَ

Maka sekiranya dia tidak termasuk orang yang banyak berdzikir (bertasbih) kepada Allah,
-Sura As-Saaffat, Ayat 143

لَلَبِثَ فِي بَطۡنِهِۦٓ إِلَىٰ يَوۡمِ يُبۡعَثُونَ

niscaya dia akan tetap tinggal di perut (ikan itu) sampai hari kebangkitan.
-Sura As-Saaffat, Ayat 144

Tahap tahap sabar.
1. Sabar biasa adalah sekadar tahan marah dan tak merungut tapi hati tak puas/redha.
2. Sabar kedua dia tak merungut dan hati redha.
3. Sabar ketiga paling tinggi adalah dia tak merungut, hatinya redha dan bersyukur dengan musibah/nikmat.

Kalimah وَلَا يَسۡتَخِفَّنَّكَ ٱلَّذِينَ لَا يُوقِنُونَ Allah tegaskan supaya orang orang beriman jangan rasa sedih dan gelisah apabila orang kafir tidak menerima keterangan Nabi. Sebab itu Allah perintahkan sabar dan janji Allah adalah benar.

Kisah keluarga Yasir yang diuji disiksa. Lalu Nabi kata kepada keluarga Yasir, Sabar Yasir kerana syurga sedang menanti kamu!

Jauhnya kita daripada Nabi. Nabi dimaki dan diuji kerana dakwahnya tetapi kita tak berbuat apa apa untuk agama Allah. Maka di manakah kesabaran kita?!

Pengajaran ayat 53 :
1. Orang yang tidak menerima dakwah Islam adalah seumpama orang yang buta yang tidak akan nampak kebenaran.
2. Hanya orang yang beriman kepada ayat Allah sahaja yang akan mendengar dan menerima perintah Allah dan Rasul.

Pengajaran ayat 54:
1. Jangan sombong wahai manusia kerana kamu berasal daripada lemah dan berakhir dengan lemah.
2. Antara kebesaran Allah yang mencipta segala galanya ialah Dia mempunyai ilmu dan maha berkuasa.

Pengajaran ayat 55:
1. Orang orang yang tidak beriman akan terus berdusta sejak di dunia sehinggalah di akhirat.
2. Siapa yang berdusta maka dustanya akan mengheretnya ke neraka.

Pengajaran ayat 56:
1. Kelebihan orang berilmu dan orang beriman di dunia mereka dimuliakan oleh Allah dan di akhirat mereka berada di atas orang orang kafir.

Pengajaran ayat 57:
1. Semua manusia akan memberi alasan sebab mereka tidak beriman di hari akhirat tetapi semuanya tidak memberi manfaat.

Pengajaran ayat 58:
1. Rahmat Allah kepada semua manusia dengan menurunkan Al Quran dalam bahasa yang mudah dan jelas termasuklah membuat berbagai bagai contoh supaya manusia lebih mudah memahami.
2. Orang orang kafir tetap tidak akan beriman kepada ayat Allah walaupun di bawa dengan berbagai bagai bukti yang jelas.

Pengajaran ayat 59:
1. Siapa yang menolak hidayah Allah maka Allah akan tutup pintu hatinya sehingga mereka tidak akan lagi memahami agama.

Pengajaran ayat 60:
1. Sabar adalah sifat yang paling utama bagi orang orang yang bertaqwa dan orang orang yang sabar adalah orang yang paling besar pahalanya di sisi Allah.
2. Orang beriman tidak patut merasa sedih dan gelisah apabila manusia tidak beriman kepada Allah setelah dakwah disampaikan.
3. Balasan syurga adalah untuk mereka yang sabar sahaja.

Allahu'alam

[ad_2]

Sumber

Siri Tadabbur Al Quran Oleh : Ustaz Abd Muein Abd Rahman Surah Ar Rum ayat 53 …

[ad_1]

Siri Tadabbur Al Quran
Oleh : Ustaz Abd Muein Abd Rahman
Surah Ar Rum ayat 53 – 57

Pengajaran ayat 48 & 49 :
1. Kesempurnaan kekuasaan Allah dari lima sudut :
i. Menggerakkan angin
ii. Dengan angin tu menggerakkan awan
iii. Menyebar luaskan angin di udara
iv. Menjadikan awan berkeping keping atau bergumpal gumpal
v. Menurunkan hujan melalui awan.

Kenapa Allah jadikan semua proses proses ini? Tujuannya untuk manusia berfikir kebesaran Allah dan di sebalik tujuan tersirat dalam ayat ini adalah WAJIB TADABBUR AYAT AYAT ALLAH kerana hanya di dalam Al Quran sahaja Allah sebut setiap proses kejadian ciptaan Dia.

2. As Sama' ٱلسَّمَآءِ adalah perkataan yang menunjukkan apa sahaja yang tinggi dan bukan semestinya langit. Kerana hujan turun daripada awan dan awan bukan berada di langit.
3. Hikmah Allah menurunkan hujan dari tempat yang tinggi supaya ia meliputi semua kawasan sama ada tempat yang rendah atau tempat yang tinggi.
4. Manusia sangat sangat berhajat dengan rahmat Allah seperti hujan.
5. Harus kita bergembira dan menggembirakan orang lain apabila hujan turun.
6. Rahmat Allah apabila menurunkan hujan sedikit demi sedikit bukan sekali gus.

Pengajaran ayat 50 :
1. Wajib memerhati dengan mata dan dengan hati kepada apa saja yang Allah ciptakan sehingga kita betul betul kenal Allah dan mentaati Nya.
2. Memerhati ciptaan Allah sehingga kenal dan mentaati Allah adalah ibadat bahkan adalah ibadat yang paling utama.
3. Semua kesan kesan yang datang daripada hujan merupakan rahmat Allah sama ada sebagai minuman atau pun tumbuh tumbuhan atau pun haiwan atau pun semua jenis makanan.
4. Rahmat Allah juga adalah pada contoh contoh yang diberi dalam Al Quran dan dengan contoh yang dilihat itu dapat menyakinkan manusia kepada perkara yang ghaib.
5. Yang hidupkan mati bukan sahaja manusia tetapi benda benda seperti bumi, tumbuh tumbuhan dan sebagainya.

Pengajaran ayat 51 & 52:
1. Kedegilan sifat manusia yang apabila dapat nikmat mereka bergembira dan apabila ditimpa musibah mereka tidak redha dan kufur kepada Allah.
2. Manusia apabila telah mati hatinya dia tidak mendengar segala kebaikan walaupun datang daripada Allah seumpama orang yang telah mati atau orang yang telah pekak.
3. Maksud mendengar di sini adalah mendengar yang memberi manfaat bukan semata mata mendengar.

Tadabbur ayat 53 :

وَمَآ أَنتَ بِهَٰدِ ٱلۡعُمۡيِ عَن ضَلَٰلَتِهِمۡۖ إِن تُسۡمِعُ إِلَّا مَن يُؤۡمِنُ بِـَٔايَٰتِنَا فَهُم مُّسۡلِمُونَ

Dan engkau tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang-orang yang buta (mata hatinya) dari kesesatannya. Dan engkau tidak dapat memperdengarkan (petunjuk Tuhan) kecuali kepada orang-orang yang beriman dengan ayat-ayat Kami, maka mereka itulah orang-orang yang berserah diri (kepada Kami).
-Sura Ar-Rum, Ayat 53

Kalimah ٱلۡعُمۡيِ bermaksud jamak kepada orang buta. Allah jelaskan bahawa Nabi tak dapat memberi petunjuk kepada orang orang yang telah buta hatinya dari petunjuk. Kemudian Allah nyatakan nabi juga tak dapat memperdengarkan dakwah atau kebaikan kepada mereka kecuali orang orang yang yakin dengan ayat kami. Maka mereka itulah orang yang berserah diri.

Kalimah مُّسۡلِمُونَ adalah merujuk kepada menyerah diri. Sifat orang beriman iaitu mukmin yang yakin dengan ayat Allah mereka berserah diri kepada Allah.

Tadabbur ayat 54

۞ٱللَّهُ ٱلَّذِي خَلَقَكُم مِّن ضَعۡفٖ ثُمَّ جَعَلَ مِنۢ بَعۡدِ ضَعۡفٖ قُوَّةٗ ثُمَّ جَعَلَ مِنۢ بَعۡدِ قُوَّةٖ ضَعۡفٗا وَشَيۡبَةٗۚ يَخۡلُقُ مَا يَشَآءُۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِيمُ ٱلۡقَدِيرُ

Allah-lah yang menciptakan kamu dari keadaan lemah, kemudian Dia menjadikan (kamu) setelah keadaan lemah itu menjadi kuat, kemudian Dia menjadikan (kamu) setelah kuat itu lemah (kembali) dan beruban. Dia menciptakan apa yang Dia kehendaki. Dan Dia Maha Mengetahui, Mahakuasa.
-Sura Ar-Rum, Ayat 54

Allah bukan sekadar nak beritahu peringkat umur manusia. Tetapi Allah nak beritahu betapa hebat dan sempurna kebesaran Allah. Kemudian Allah nak maksudkan kepada manusia janganlah sombong dengan Tuhan. Sekelip mata sahaja Allah boleh jadikan kamu lemah. Dalam keadaan sihat tiba tiba Allah jadikan kamu lumpuh.

Apa maksud sombong di sini? Sombong dari menghayati ayat ayat Allah. Sombong dari mendekatkan diri dengan rumah Allah (masjid). Semasa lemah pada peringkat awal adalah semasa bayi. Kemudian menjadi dewasa dan tempoh itu kita kuat. Dan setelah itu menjadi tua kembali lemah.

Nabi ajar kita berlindung dari tua yang buruk. Sifat tua yang lemah ingatan dan hati yang tidak bersih. Rujuk doa zikir pagi dan petang.

Tadabbur ayat 55 :

وَيَوۡمَ تَقُومُ ٱلسَّاعَةُ يُقۡسِمُ ٱلۡمُجۡرِمُونَ مَا لَبِثُواْ غَيۡرَ سَاعَةٖۚ كَذَٰلِكَ كَانُواْ يُؤۡفَكُونَ

Dan pada hari (ketika) terjadinya Kiamat, orang-orang yang berdosa bersumpah, bahwa mereka berdiam (dalam kubur) hanya sesaat (saja). Begitulah dahulu mereka dipalingkan (dari kebenaran).
-Sura Ar-Rum, Ayat 55

Allah nak jelaskan dalam ayat ini apabila terjadinya kiamat orang orang yang berdosa bersumpah mereka tinggal di bumi (dalam kubur) hanya sekejap sahaja.

قَالُواْ يَٰوَيۡلَنَا مَنۢ بَعَثَنَا مِن مَّرۡقَدِنَاۜۗ هَٰذَا مَا وَعَدَ ٱلرَّحۡمَٰنُ وَصَدَقَ ٱلۡمُرۡسَلُونَ

Mereka berkata, “Celakalah kami! Siapakah yang membangkitkan kami dari tempat tidur kami (kubur)?” Inilah yang dijanjikan (Allah) Yang Maha Pengasih dan benarlah rasul-rasul(-Nya).
-Sura Ya-Seen, Ayat 52

Kenapa orang orang kafir kata siapa yang membangkitkan kami dari tidur kami? Kerana dalam fikirannya azab di kubur pun sudah dahsyat dan menakutkan bagaimana pula azab di hari akhirat.

Kalimah كَذَٰلِكَ كَانُواْ يُؤۡفَكُونَ Allah jelaskan begitulah manusia yang telah berpaling dari kebenaran yang disampaikan oleh para Rasul.

Tadabbur ayat 56 :

وَقَالَ ٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡعِلۡمَ وَٱلۡإِيمَٰنَ لَقَدۡ لَبِثۡتُمۡ فِي كِتَٰبِ ٱللَّهِ إِلَىٰ يَوۡمِ ٱلۡبَعۡثِۖ فَهَٰذَا يَوۡمُ ٱلۡبَعۡثِ وَلَٰكِنَّكُمۡ كُنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ

Dan orang-orang yang diberi ilmu dan keimanan berkata (kepada orang-orang kafir), “Sungguh, kamu telah berdiam (dalam kubur) menurut ketetapan Allah, sampai hari kebangkitan. Maka inilah hari kebangkitan itu, tetapi (dahulu) kamu tidak meyakini(nya).”
-Sura Ar-Rum, Ayat 56

Allah jelaskan orang orang berilmu yang beriman kata kepada orang kafir sebenarnya kamu dah tidur lama dan sekarang tiba hari berbangkit yang dulunya kamu dustakannya.

Tadabbur ayat 57 :

فَيَوۡمَئِذٖ لَّا يَنفَعُ ٱلَّذِينَ ظَلَمُواْ مَعۡذِرَتُهُمۡ وَلَا هُمۡ يُسۡتَعۡتَبُونَ

Maka pada hari itu tidak bermanfaat (lagi) permintaan maaf orang-orang yang zhalim, dan mereka tidak pula diberi kesempatan bertobat lagi.
-Sura Ar-Rum, Ayat 57

Allah nyatakan kepada orang kafir pada hari kiamat kelak tidak ada guna lagi memohon maaf dan mereka tidak ada kesempatan untuk bertaubat.

يَقُولُ يَٰلَيۡتَنِي قَدَّمۡتُ لِحَيَاتِي

Dia berkata, “Alangkah baiknya sekiranya dahulu aku mengerjakan (kebajikan) untuk hidupku ini.”
-Sura Al-Fajr, Ayat 24

Allah rakamkan dalam Al Quran penyesalan orang orang kafir apabila tiba hari yang dahsyat azab siksaNya.

Allahu'alam

[ad_2]

Sumber

Siri Tadabbur Al Quran Oleh : Ustaz Abd Muein Abd Rahman Surah Ar Rum ayat 48 …

[ad_1]

Siri Tadabbur Al Quran
Oleh : Ustaz Abd Muein Abd Rahman
Surah Ar Rum ayat 48 – 52

Pengajaran ayat 45 :
1. Membalas amal soleh kepada manusia tidak wajib ke atas Allah tetapi Allah mewajibkan ke atas diriNya untuk memberi balasan tersebut. Rujuk surah al an'aam ayat 54.

وَإِذَا جَآءَكَ ٱلَّذِينَ يُؤۡمِنُونَ بِـَٔايَٰتِنَا فَقُلۡ سَلَٰمٌ عَلَيۡكُمۡۖ كَتَبَ رَبُّكُمۡ عَلَىٰ نَفۡسِهِ ٱلرَّحۡمَةَ أَنَّهُۥ مَنۡ عَمِلَ مِنكُمۡ سُوٓءَۢا بِجَهَٰلَةٖ ثُمَّ تَابَ مِنۢ بَعۡدِهِۦ وَأَصۡلَحَ فَأَنَّهُۥ غَفُورٞ رَّحِيمٞ

Dan apabila orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami datang kepadamu, maka katakanlah, “Salamun ‘alaikum (selamat sejahtera untuk kamu).” Tuhanmu telah menetapkan sifat kasih sayang pada diri-Nya, (yaitu) barang-siapa berbuat kejahatan di antara kamu karena kebodohan, kemudian dia bertobat setelah itu dan memperbaiki diri, maka Dia Maha Pengampun, Maha Penyayang.
-Sura Al-An'am, Ayat 54

2. Allah menggalakkan hambaNya supaya beriman dan beramal soleh dengan menyebut balasan orang yang beriman dan beramal soleh. (contoh Nabi menyebut kelebihan amalan seperti zikir pagi dan petang sebagai dorongan untuk beramal soleh)
3. Allah mencela dan membenci kekufuran, oleh itu sesiapa yang memiliki sifat tersebut ia tidak disukai oleh Allah.

Pengajaran ayat 46 :
1. Setiap yang wujud menunjukkan tanda tanda kewujudan dan kebesaran Allah.
2. Antara tanda kebesaran Allah ialah Allah menggerakkan angin yang manusia tidak mampu menggerakkannya.
3. Nikmat Allah melalui hujan yang membawa pelbagai nikmat kepada manusia dan juga melalui kapal yang membawa pelbagai rezeki kepada manusia.
4. Bukti bukti kebesaran Allah juga adalah menunjukkan rahmat Allah kepada manusia supaya manusia bersyukur kepada Allah dan setelah bersyukur Allah akan menambah lagi nikmatNya.

Pengajaran ayat 47 :
1. Allah menghiburkan hati Rasulullah shallallahu a'laihi wasallam dengan cerita cerita umat terdahulu yang jauh lebih kuat daripada kaum musyrikin Mekah tetapi dibiasakan oleh Allah disebabkan kekafiran mereka.
2. Allah memberi amaran kepada mereka yang mengingkari perintah-Nya dan perintah Rasul.
3. Antara rahmat Allah yang terbesar adalah dengan mengurus para Rasul kepada setiap kaum masing masing.
4. Risalah risalah yang dahulu adalah khusus untuk kaum masing masing berbeza dengan risalah yang dibawa oleh Rasulullah adalah umum untuk semua umat manusia.
5. Rahmat Allah kepada manusia dengan menghantar para Rasul disertai dengan bukti bukti kerasulan mereka yang tanpa bukti itu manusia tidak akan beriman kepada Rasul.
6. Allah mewajibkan ke atas diriNya untuk menolong dan memberi kemenangan kepada orang orang yang beriman.
7. Sekiranya kemenangan tidak berpihak kepada orang orang Islam maka sebabnya ialah orang Islam belum memiliki ciri ciri orang yang beriman.
8. Allah tidak akan menolong selain daripada orang yang beriman sekiranya mereka yang tidak beriman menang maka itu adalah istidraj.

Tadabbur ayat 48:

ٱللَّهُ ٱلَّذِي يُرۡسِلُ ٱلرِّيَٰحَ فَتُثِيرُ سَحَابٗا فَيَبۡسُطُهُۥ فِي ٱلسَّمَآءِ كَيۡفَ يَشَآءُ وَيَجۡعَلُهُۥ كِسَفٗا فَتَرَى ٱلۡوَدۡقَ يَخۡرُجُ مِنۡ خِلَٰلِهِۦۖ فَإِذَآ أَصَابَ بِهِۦ مَن يَشَآءُ مِنۡ عِبَادِهِۦٓ إِذَا هُمۡ يَسۡتَبۡشِرُونَ

Allah-lah yang mengirimkan angin, lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah membentangkannya di langit menurut yang Dia kehendaki, dan menjadikannya bergumpal-gumpal, lalu engkau lihat hujan keluar dari celah-celahnya, maka apabila Dia menurunkannya kepada hamba-hamba-Nya yang Dia kehendaki tiba-tiba mereka bergembira.
-Sura Ar-Rum, Ayat 48

Kalimah ٱلرِّيَاحَ ialah Kalimah jamak iaitu angin yang membawa rahmat. Jika Kalimah mufrad maka angin itu bersifat musibah/bala.

Lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah membentangkannya (awan meliputi seluruhnya) di langit dan Allah jadikan ia berkeping keping / bergumpal gumpal. Kemudian Allah jelaskan hujan itu keluar dari celah celah awan itu. Kenapa awan perlu digerakkan? Sebab hujan bukan turun satu tempat sahaja dan rahmat Allah menurunkan hujan di berbagai tempat. Apa faedah Allah sebut satu persatu? Tujuan untuk Allah nak kita fikir sehingga satu tahap menimbulkan rasa takut kepada Allah kerana kebesaranNya.

Kemudian Allah jelaskan apabila Allah menurunkan hujan di tempat hamba hambaNya maka dengan itu mereka يَسۡتَبۡشِرُونَ (mereka bergembira sehingga nampak di raut wajah mereka dan mereka bercerita kepada orang).

Tadabbur ayat 49 :

وَإِن كَانُواْ مِن قَبۡلِ أَن يُنَزَّلَ عَلَيۡهِم مِّن قَبۡلِهِۦ لَمُبۡلِسِينَ

Padahal walaupun sebelum hujan diturunkan kepada mereka, mereka benar-benar telah berputus asa.
-Sura Ar-Rum, Ayat 49

Allah nyatakan قَبۡلِ sebelum diturunkan kepada mereka hujan, padahal sebelum itu mereka قَبۡلِهِۦ sebelum gembira mereka itu berputus asa.

Orang kafir kelak menyesal kerana tidak bertaubat. Orang beriman pula menyesal kerana tidak banyak beramal.

Tadabbur ayat 50 :

فَٱنظُرۡ إِلَىٰٓ ءَاثَٰرِ رَحۡمَتِ ٱللَّهِ كَيۡفَ يُحۡيِ ٱلۡأَرۡضَ بَعۡدَ مَوۡتِهَآۚ إِنَّ ذَٰلِكَ لَمُحۡيِ ٱلۡمَوۡتَىٰۖ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيۡءٖ قَدِيرٞ

Maka perhatikanlah bekas-bekas rahmat Allah, bagaimana Allah menghidupkan bumi setelah mati (kering). Sungguh, itu berarti Dia pasti (berkuasa) menghidupkan yang telah mati. Dan Dia Mahakuasa atas segala sesuatu.
-Sura Ar-Rum, Ayat 50

Kalimah فَٱنظُرۡ Allah nak kita perhatikan. Sepanjang suruh Ar Rum ini Allah nak kita banyak berfikir. Banyak Kalimah يعلمن dan يعقلون Untuk kita berfikir dan kelebihan orang yang menggunakan akal.

Ayat ini Allah suruh perhatikan kesan daripada hujan. Apa kesannya? Dari bumi yang mati dengan turunnya hujan maka bumi menjadi hidup dan subur. Banyak makanan yang kita peroleh hari ini kesan daripada hujan. Kita makan gandum kesan dari hujan. Kita makan biskut, kuih muih dan haiwan ternak kesan dari hujan yang Allah turunkan kepada kita.

Dalam surah al mulk ayat pertama Allah cerita mengenai kebesaran kerajaan Allah. Ayat terakhir Allah cerita berkenaan sekiranya air di muka bumi kering siapa yang akan mengalirkannya. Apa kaitan? Kaitannya Allah nak beritahu kerajaanNya sangat hebat bahkan berada di tanganNya. Allah nak kata kamu ni boleh mati sekiranya Allah tarik sumber air itu. Sebab itu kita ni tak payah la nak sombong dengan Allah. Air tak ada kita dah kelam kabut. Bahkan manusia boleh mati apabila tidak ada air!

Allah nak kita berfikir bagaimana Dia boleh hidupkan bumi yang mati. Sekiranya Allah boleh hidupkan bumi yang telah mati maka Allah juga maha berkuasa untuk menghidupkan kita kembali walau setelah mati dan hancur!
Fikirkan bumi yang dah mati hanya dengan air sahaja maka bumi itu menjadi hidup dan subur. Sebab itu apabila nak melanggar perintah Allah maka fikir lah banyak kali kerana Allah maha berkuasa berbuat sesuatu.

Ada tak Allah suruh kita fikir makanan yang kita makan? Macam mana ada rasa pedas, ada rasa manis, ada rasa masam. Rujuk surah A'basa ayat 24 sehingga 32.

فَلۡيَنظُرِ ٱلۡإِنسَٰنُ إِلَىٰ طَعَامِهِۦٓ

Maka hendaklah manusia itu memperhatikan makanannya.
-Sura 'Abasa, Ayat 24

Tadabbur ayat 51 :

وَلَئِنۡ أَرۡسَلۡنَا رِيحٗا فَرَأَوۡهُ مُصۡفَرّٗا لَّظَلُّواْ مِنۢ بَعۡدِهِۦ يَكۡفُرُونَ

Dan sungguh, jika Kami mengirimkan angin lalu mereka melihat (tumbuh-tumbuhan itu) menjadi kuning (kering), niscaya setelah itu mereka tetap ingkar.
-Sura Ar-Rum, Ayat 51

Allah jelaskan sekiranya Allah gerakkan رِيحٗا angin yang membawa bala dan hujan tetap turun tetapi mereka lihat tumbuh tumbuhan itu tetap menjadi kering dan mati. Kemudian mereka kembali tetap kufur. Di sini Allah nak jelaskan bahawa manusia ini apabila diberi nikmat mereka gembira Tetapi apabila diberi musibah mereka menjadi kufur dan tidak bersyukur kepada Allah.

Tadabbur ayat 52 :

فَإِنَّكَ لَا تُسۡمِعُ ٱلۡمَوۡتَىٰ وَلَا تُسۡمِعُ ٱلصُّمَّ ٱلدُّعَآءَ إِذَا وَلَّوۡاْ مُدۡبِرِينَ

Maka sungguh, engkau tidak akan sanggup menjadikan orang-orang yang mati itu dapat mendengar, dan menjadikan orang-orang yang tuli dapat mendengar seruan, apabila mereka berpaling ke belakang.
-Sura Ar-Rum, Ayat 52

Allah nyatakan bahawa engkau yakni Muhammad jika Nabi berdakwah kepada orang mati nescaya nabi tidak boleh menjadikan mereka yang mati itu mendengar. Apa maksud? Maksud mendengar di sini adalah mendengar yang membawa faedah.

وَلَا تَكُونُواْ كَٱلَّذِينَ قَالُواْ سَمِعۡنَا وَهُمۡ لَا يَسۡمَعُونَ

dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (munafik) yang berkata, “Kami mendengarkan,” padahal mereka tidak mendengarkan (karena hati mereka mengingkarinya).
-Sura Al-Anfal, Ayat 21

Allah jelaskan jangan jadi seperti orang yang kata kami mendengar sedangkan Allah nyatakan mereka tak mendengar kerana mereka tidak mendengar yang membawa mereka faedah.

Maksud kedua Allah nak jelaskan kepada nabi sekiranya Nabi berdakwah kepada mereka macam mana sekalipun jika hati mereka mati maka mereka tetap tidak mendengar bagaikan orang yang sudah mati yang tak mendengar.

Allahu'alam

[ad_2]

Sumber

Lihat [LIVE] 2/6/2019 Ahad, Ybhg. Ustaz Abd Muein Abd Rahman (Tadabbur Ramadhan – Ar-Rum #30 Ayat 48)

[ad_1]

Live !!!
🏷Tadabbur Al Quran

Disampaikan oleh :
Ustaz Abd Muein Abd Rahman

🔖 Tajuk : Surah Ar Rum ayat 48-52

🗓 Tarikh : 02 Jun 2019
🕰 Masa : 11.30pm

🎥 Link Facebook :
https://www.facebook.com/ghulamaldakwahofficial/videos/600091287178410/

===============

Salurkan Infaq anda bagi memastikan usaha dakwah ini terus berjalan. Infaq anda boleh terus disalurkan melalui link berikut :

https://ghulamaldakwah.com/donations/tabung-infaq-kebajikan/

Subscribe & follow us on :
->Facebook page
->YouTube
->Instagram
🌐 www.ghulamaldakwah.com

.
#MelahirkanDuatMenyebarkanIslam
#GhulamAlDakwah

[fb_vid id=”photo_id”:”600091287178410″”][fb_vid id=”600091287178410″]
[ad_2]

Sumber

Alamat

No. 8-1,
Suria Jelutong 1,
Jalan Bazar, U8/99, Bukit Jelutong,
40150 Shah Alam, Selangor,
Malaysia

Whatsapp : 019 868 2015

Visi Ghulam

Melahirkan Du’at
Menyebarkan Islam

Live Streaming

Hakcipta Terpelihara © 2022 Pertubuhan Ghulam Al Dakwah Selangor