Siri Tadabbur Al Quran Oleh : Ustaz Abd Muein Abd Rahman Surah Ar Rum ayat 28 …

[ad_1]

Siri Tadabbur Al Quran
Oleh : Ustaz Abd Muein Abd Rahman
Surah Ar Rum ayat 28 – 30

Pengajaran ayat 26 :
1. Kekuasaan dan kerajaan Allah umum meliputi segala gala yang di langit dan di bumi.
2. Kekuasaan dan kerajaan Allah adalah bersifat khusus dan hanya milik Allah secara mutlak tanpa dikongsi oleh sesiapa.
3. Semua makhluk Allah yang di langit dan di bumi tunduk kepada Allah sama ada secara sukarela atau pun terpaksa.

Pengajaran ayat 27 :
1. Semua makhluk adalah baru yang dicipta oleh Allah.
2. Manakala Allah sebagai pencipta adalah wujud sejak azali dan tidak akan berakhir sampai abadi.
3. Semua sifat sempurna adalah milik Allah dan selain daripada Allah semua tidak sempurna dan kekurangan.
4. Semua ciptaan Allah dan hukum Allah adalah berdasarkan kepada hikmah dan maslahah untuk manusia walaupun yang berlaku itu adalah pada zahirnya nampak tidak baik.
5. Orang yang beriman akan berasa sentiasa tenang dalam apa keadaan sekali pun walaupun ia ditimpa musibah kerana musibah itu adalah berdasarkan kepada kebijaksanaan Allah dan untuk maslahah manusia.

Tadabbur ayat 28 :

Allah telah membuat satu contoh dari diri kamu sendiri adakah bagi kamu apa yang dimiliki (hamba) yang ia menjadi sekutu kamu dari segi apa yang kami beri rezeki kepada kamu dan kamu jadikan ia perkongsian, kamu pun takut kepada mereka seperti takutnya pada diri kamu (sebab kamu perlu minta izin kepada hamba yang merupakan rakan kongsi kamu terhadap rezeki yang Allah berikan kepada kamu)

Allah nak tempelak kita kenapa kita tidak setuju apa yang berlaku terhadap perumpamaan hamba yang kamu terpaksa berkongsi rezeki bahkan perlu minta izin pula sesama kamu mesti kamu tidak suka Tetapi kenapa kamu tidak hiraukan bahawa Allah juga tidak suka Dia diperlakukan sedemikian. Sedangkan rezeki Dia bagi, kesihatan Dia bagi, masa pun milik Dia bahkan semua milik Dia tetapi kita banyak habiskan semua tu kepada perkara dunia.

Allah juga buat perjumpaan lain.

يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ ضُرِبَ مَثَلٞ فَٱسۡتَمِعُواْ لَهُۥٓۚ إِنَّ ٱلَّذِينَ تَدۡعُونَ مِن دُونِ ٱللَّهِ لَن يَخۡلُقُواْ ذُبَابٗا وَلَوِ ٱجۡتَمَعُواْ لَهُۥۖ وَإِن يَسۡلُبۡهُمُ ٱلذُّبَابُ شَيۡـٔٗا لَّا يَسۡتَنقِذُوهُ مِنۡهُۚ ضَعُفَ ٱلطَّالِبُ وَٱلۡمَطۡلُوبُ

Wahai manusia! Telah dibuat suatu perumpamaan. Maka dengarkanlah! Sesungguhnya segala yang kamu seru selain Allah tidak dapat menciptakan seekor lalat pun, walaupun mereka bersatu untuk menciptakannya. Dan jika lalat itu merampas sesuatu dari mereka, mereka tidak akan dapat merebutnya kembali dari lalat itu. Sama lemahnya yang menyembah dan yang disembah.
-Sura Al-Hajj, Ayat 73

Allah nak tempelak manusia yang sembah berhala lalu Allah beri perumpamaan seekor lalat yang rampas sesuatu dari patung tersebut (contoh hinggap di makanan yang disediakan untuk patung tersebut) tapi patung itu sendiri tak dapat merampasnya kembali dari seekor lalat sekalipun. Allah hina orang yang menyembah dengan apa yang disembah adalah sama sama lemah.

Pengajaran ayat 28 :

1. Rahmat Allah kepada makhluk Nya yang membuat perumpamaan.
2. Kedegilan kaum musyrikin walaupun kelemahan yang disembah selain daripada Allah sangat jelas tapi mereka masih menyembahnya.
3. Hamba di dalam Islam tidak boleh memiliki.
4. Ayat al Quran merupakan ayat yang sangat jelas maksudnya tetapi hanya kepada orang yang berakal.
5. Allah memuji manusia yang sentiasa menggunakan akal untuk memikirkan kebesaran Allah dan mengambil pelajaran.
6. Semua yang disembah selain daripada Allah juga adalah milik Allah.
7. Rezeki adalah anugerah Allah yang tidak boleh dicapai hanya dengan usaha semata mata. Manusia hanya dituntut untuk melakukan sebab bagi mendapatkan rezeki.

Tadabbur ayat 29 :

بَلِ ٱتَّبَعَ ٱلَّذِينَ ظَلَمُوٓاْ أَهۡوَآءَهُم بِغَيۡرِ عِلۡمٖۖ فَمَن يَهۡدِي مَنۡ أَضَلَّ ٱللَّهُۖ وَمَا لَهُم مِّن نَّٰصِرِينَ

Tetapi orang-orang yang zhalim, mengikuti keinginannya tanpa ilmu pengetahuan; maka siapakah yang dapat memberi petunjuk kepada orang yang telah disesatkan Allah. Dan tidak ada seorang penolong pun bagi mereka.
-Sura Ar-Rum, Ayat 29

Siapa yang Allah maksudnya orang yang zalim? Syirik kepada Allah adalah kezaliman yang paling besar (rujuk surah Luqman)
Apa punca dia menjadi orang yang zalim? Kerana mereka mengikut nafsu nafsu mereka dan kedua tanpa ilmu. Allah sifatkan orang orang kafir adalah orang jahil walaupun mereka pakar dalam keduniaan tetapi perbuatan mereka syirik kepada Allah. Dalam surah Fatir ayat 28, Allah sifatkan hanya orang yang berilmu sahaja takut kepada Allah.

وَمِنَ ٱلنَّاسِ وَٱلدَّوَآبِّ وَٱلۡأَنۡعَٰمِ مُخۡتَلِفٌ أَلۡوَٰنُهُۥ كَذَٰلِكَۗ إِنَّمَا يَخۡشَى ٱللَّهَ مِنۡ عِبَادِهِ ٱلۡعُلَمَٰٓؤُاْۗ إِنَّ ٱللَّهَ عَزِيزٌ غَفُورٌ

Dan demikian (pula) di antara manusia, makhluk bergerak yang bernyawa dan hewan-hewan ternak ada yang bermacam-macam warnanya (dan jenisnya). Di antara hamba-hamba Allah yang takut kepada-Nya, hanyalah para ulama. Sungguh, Allah Mahaperkasa, Maha Pengampun.
-Sura Fatir, Ayat 28

Kemudian Allah kata فَمَن يَهۡدِي مَنۡ أَضَلَّ ٱللَّهُ (siapa yang dapat beri hidayah jika Allah hendak beri kesesatan kepadanya?)
Sebab itu jika hendak hidayah adalah cari Allah dan hidayah boleh didapati dengan membaca dan Tadabbur Al Quran. Allah ingin kita kembali kepadaNya dengan jalan taubat.

Tadabbur ayat 30

فَأَقِمۡ وَجۡهَكَ لِلدِّينِ حَنِيفٗاۚ فِطۡرَتَ ٱللَّهِ ٱلَّتِي فَطَرَ ٱلنَّاسَ عَلَيۡهَاۚ لَا تَبۡدِيلَ لِخَلۡقِ ٱللَّهِۚ ذَٰلِكَ ٱلدِّينُ ٱلۡقَيِّمُ وَلَٰكِنَّ أَكۡثَرَ ٱلنَّاسِ لَا يَعۡلَمُونَ

Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama (Islam); (sesuai) fitrah Allah disebabkan Dia telah menciptakan manusia menurut (fitrah) itu. Tidak ada perubahan pada ciptaan Allah. (Itulah) agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui,
-Sura Ar-Rum, Ayat 30

Dalam ayat lepas Allah jelaskan Sekiranya orang kafir tidak mahu ikut Al Quran, sekarang Allah nak fokuskan kepada Nabi dan para sahabat, agar hadapkan wajahmu kepada agama hanif (yang tidak condong langsung kepada kebatilan).
Apa maksud fitrah? Fitrah adalah mentauhidkan Allah. Fitrah juga maksud ciptaan Allah. Ciptaan yang tidak ada sebarang contoh sebelum itu.

Allah juga larang mengubah fitrah Allah.
Dalam surah al baqarah Allah guna perkataan Sibghah yang seakan sama maksud Fitrah.

صِبۡغَةَ ٱللَّهِ وَمَنۡ أَحۡسَنُ مِنَ ٱللَّهِ صِبۡغَةٗۖ وَنَحۡنُ لَهُۥ عَٰبِدُونَ

Sibgah Allah.” Siapa yang lebih baik sibgah-nya daripada Allah? Dan kepada-Nya kami menyembah.
-Sura Al-Baqarah, Ayat 138

Contoh fitrah manusia bercakap baik dan tak suka bercakap bohong. Sibghah asal maksud adalah warna juga maksud agama. Kerana Allah nak jelaskan kalau kamu betul betul laksanakan apa yang ajaran agama Islam maka pasti berbeza dengan perkara yang bertentangan dengan agama dan fitrah.

Hasil dari Sibghah (agama ) gabungan dengan fitrah akan menghasilkan ketenangan kepada orang beriman yang melaksanakan ajaran Islam. Contoh apabila masuk bulan Ramadhan atau masuk ke masjid, orang beriman akan berasa seronok dan tenang sepanjang Ramadhan dan berada di dalam masjid.

Kemudian Allah jelaskan tidak ada perubahan pada ciptaanNya dan itulah agama hanif. Dan sebenarnya banyak manusia tidak mengetahui (jahil). Jahil kepada ilmu mengenal Allah dan kejahilan yang menyebabkannya tidak takut kepada Allah.

Allahu'alam

[ad_2]

Sumber

Siri Tadabbur Al Quran Oleh : Ustaz Abd Muein Abd Rahman Surah Ar Rum ayat 26 …

[ad_1]

Siri Tadabbur Al Quran
Oleh : Ustaz Abd Muein Abd Rahman
Surah Ar Rum ayat 26 – 28

Pengajaran ayat 24 :
1. Kilat adalah salah satu tanda kebesaran Allah.
2. Kesan daripada kilat adalah untuk melahirkan rasa takut dan harap. Apabila takut kepada sesuatu maka manusia akan kembali kepada Allah dan apabila mengharap kepada sesuatu yang baik manusia juga akan mencari Allah.
3. Kebesaran kehebatan Allah yang berkuasa menurunkan hujan secara berperingkat dari tempat yang tinggi.
4. Rahmat Allah kepada makhlukNya dengan tidak menurunkan hujan sekali gus dan dengan menurunkan hujan dari tempat yang tinggi supaya faedahnya dapat dirasai semua makhlukNya sama ada berada di tempat yang rendah atau tinggi.
5. Tanda kebesaran Allah adalah mampu menghidupkan bumi yang mati dan itu juga bukti Allah juga berkuasa menghidupkan manusia yang hancur.
6. Rahmat Allah kepada semua makhlukNya dengan menghidupkan bumi dan juga tumbuh tumbuhan yang memberi manfaat kepada manusia dan juga haiwan.
7. Yang hanya mendapat manfaat daripada tanda tanda kebesaran Allah ialah orang yang mempunyai akal yang waras.

Pengajaran ayat 25 :
1. Penciptaan langit dan bumi adalah tanda kebesaran Allah tanpa ada bantuan makhluk.
2. Sempurnanya kekuasaan Allah yang dengan satu tiupan sahaja maka semua manusia yang mati dan hancur dari nabi Adam sehingga kiamat keluar daripada kubur dan menuju kepada Allah.

Tadabbur ayat 26 :

وَلَهُۥ مَن فِي ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِۖ كُلّٞ لَّهُۥ قَٰنِتُونَ

Dan milik-Nya apa yang di langit dan di bumi. Semuanya hanya kepada-Nya tunduk.
-Sura Ar-Rum, Ayat 26

Apa yang dimaksudkan 'siapa sahaja di langit'? Semua yang berada di langit seperti malaikat.
Yang di bumi pula adalah seperti manusia, haiwan, tumbuh tumbuhan.

Apa maksud وَلَهُۥ di depan dan di belakang?
Maksud وَلَهُۥ (dan hanya) di hadapan adalah milik Allah sahaja dan tidak ada perkongsian pemilikan. Apabila kita sedar dan diperingatkan bahawa semua di langit dan di bumi adalah milik Allah, maka sepatutnya akan menyebabkan kita BERFIKIR APA SAHAJA YANG KITA LAKUKAN AKAN DIHITUNG OLEH ALLAH!

Tetapi sebab ayat ini tidak masuk ke dalam hati kita menyebabkan kita tak rasa apa yang ada di tangan kita adalah milik Allah. Contoh kita tak rasa membazir makanan adalah dosa. Berlebihan dalam membeli dan tak rasa harta yang Allah beri juga adalah milik Allah!

Kita renung kembali kisah anak yang menjual susu semasa zaman Saidina Umar Al Khattab. Anak tersebut menasihatkan ibunya agar tidak menambah susu dengan air kerana walau amirul mukminin tidak nampak tetapi Allah Maha Melihat!

Anak perempuan tersebut tidak melalui pengajian tinggi untuk merasai kebesaran Allah dalam dirinya. Berbeza dengan zaman kita walau pengajian tinggi dari Universiti Islam sekalipun belum tentu melahirkan jiwa sedemikian bahkan ada yang memberi rasuah dan tidak merasa bahawa semua adalah milik Allah. Sebab itu pendidikan terbaik adalah berpandukan Al Quran.

وَهُوَ ٱلَّذِي يَبۡدَؤُاْ ٱلۡخَلۡقَ ثُمَّ يُعِيدُهُۥ وَهُوَ أَهۡوَنُ عَلَيۡهِۚ وَلَهُ ٱلۡمَثَلُ ٱلۡأَعۡلَىٰ فِي ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِۚ وَهُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡحَكِيمُ

Dan Dialah yang memulai penciptaan, kemudian mengulanginya kembali, dan itu lebih mudah bagi-Nya. Dia memiliki sifat yang Mahatinggi di langit dan di bumi. Dan Dialah Yang Mahaperkasa, Mahabijaksana.
-Sura Ar-Rum, Ayat 27

Allah ingin jelaskan Dia lah yang memulai penciptaan dan kemudian mengulanginya kembali. Di sinilah kehebatan Allah yang tidak ada pada sesiapa.

Perkataan وَهُوَ أَهۡوَنُ (mudah bagi Allah) kalimah ini menunjukkan bagi Allah apa sahaja ciptaan sama ada ciptaan pertama atau kedua atau seterusnya mudah walau ciptaan pertama itu bermula dari tiada apa apa. Berbeza dengan kita jika nak bina sesuatu yang dari awal agak sukar malah walau binaan seterusnya. Itu tanda kebesaran dan kekuasaan Allah.

Allah nak jelaskan kalimah ٱلۡمَثَلُ ٱلۡأَعۡلَىٰ (sifatNya lah yang paling tinggi) Allah memiliki kesempurnaan pada sifatNya. [Penjelasan detail sifat sifat Allah sila rujuk rakaman live di FB.]

Kalimah وَهُوَ ٱلۡعَزِيزُ di terjemah Maha Perkasa tidak tepat. Kerana jika sekadar terjemahan Maha Perkasa kita tak merasai kehebatan Allah. Untuk merasai kehebatan nama Allah وَهُوَ ٱلۡعَزِيزُ ialah Allah boleh lakukan apa sahaja, bila bila masa sahaja, di mana sahaja dan apa sahaja Allah lakukan tanpa perlu sebarang bantuan langsung dan tidak ada sesiapa yang boleh menghalangNya.

Nama Allah Al Hakim boleh difahami dari dua kata.
Pertama berasal dari perkataan hukum.
Kedua berasal dari kata hikmah.
Hukum pula terbahagi kepada dua.
I. Hukum Qauni ialah yang Allah dah tetapkan dan tidak ada pilihan seperti ajal maut, sakit.
II. Hukum Syarie ialah hukum yang manusia boleh buat pilihan dan akan dihitung setiap perbuatan yang dilakukan manusia.
Apa sahaja hukum Allah bagi orang beriman ada hikmahnya.

Tadabbur ayat 28 :

ضَرَبَ لَكُم مَّثَلٗا مِّنۡ أَنفُسِكُمۡۖ هَل لَّكُم مِّن مَّا مَلَكَتۡ أَيۡمَٰنُكُم مِّن شُرَكَآءَ فِي مَا رَزَقۡنَٰكُمۡ فَأَنتُمۡ فِيهِ سَوَآءٞ تَخَافُونَهُمۡ كَخِيفَتِكُمۡ أَنفُسَكُمۡۚ كَذَٰلِكَ نُفَصِّلُ ٱلۡأٓيَٰتِ لِقَوۡمٖ يَعۡقِلُونَ

Dia membuat perumpamaan bagimu dari dirimu sendiri. Apakah (kamu rela jika) ada di antara hamba sahaya yang kamu miliki, menjadi sekutu bagimu dalam (memiliki) rezeki yang telah Kami berikan kepadamu, sehingga kamu menjadi setara dengan mereka dalam hal ini, lalu kamu takut kepada mereka sebagaimana kamu takut kepada sesamamu. Demikianlah Kami jelaskan ayat-ayat itu bagi kaum yang mengerti.
-Sura Ar-Rum, Ayat 28

Tadabbur ayat 28 sila rujuk rakaman live.

[ad_2]

Sumber

REBUTLAH KEAMPUNAN ALLAH AZZAWAJALLA قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْه…

[ad_1]

REBUTLAH KEAMPUNAN ALLAH AZZAWAJALLA

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ :
* قَالَ اللَّهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى يَا ابْنَ آدَمَ إِنَّكَ مَا دَعَوْتَنِي وَرَجَوْتَنِي غَفَرْتُ لَكَ عَلَى مَا كَانَ فِيكَ وَلَا أُبَالِي
* يَا ابْنَ آدَمَ لَوْ بَلَغَتْ ذُنُوبُكَ عَنَانَ السَّمَاءِ ثُمَّ اسْتَغْفَرْتَنِي غَفَرْتُ لَكَ وَلَا أُبَالِي
* يَا ابْنَ آدَمَ إِنَّكَ لَوْ أَتَيْتَنِي بِقُرَابِ الْأَرْضِ خَطَايَا ثُمَّ لَقِيتَنِي لَا تُشْرِكُ بِي شَيْئًا لَأَتَيْتُكَ بِقُرَابِهَا مَغْفِرَةً .

🌱 Dari Anas bin Malik Radhiyallahu anhu , beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Allah Tabaraka wa Ta’ala berfirman,
🌷‘Wahai, anak Adam! Sungguh selama engkau berdoa kapada-Ku dan berharap kepada-Ku, niscaya Aku ampuni semua dosa yang ada pada engkau, dan Aku tidak peduli.

🌷Wahai, anak Adam! Seandainya dosa-dosamu sampai setinggi awan di langit, kemudian engkau memohon ampunan kepada-Ku, niscaya Aku ampuni dan Aku tidak peduli.

🌷Wahai, anak Adam! Seandainya engkau menemui-Ku dengan membawa kesalahan sepenuh bumi, kemudian menemui-Ku dalam keadaan tidak mempersekutukan Aku sedikit pun, tentulah Aku akan memberikan pengampunan sepenuh bumi’.”

HR : Imam at-Tirmidzi dalam Sunan-nya no. 3540

[ad_2]

Sumber

Siri Tadabbur Al Quran Oleh : Ustaz Abd Muein Abd Rahman Surah Ar Rum ayat 24-…

[ad_1]

Siri Tadabbur Al Quran
Oleh : Ustaz Abd Muein Abd Rahman
Surah Ar Rum ayat 24-25

Pengajaran ayat 22 :
1. Ciptaan langit dan bumi dari segi kebesaranNya keluasannya dan ketinggiannya adalah tanda tanda kebesaran Allah
2. Perbezaan bahasa yang dituturkan oleh semua manusia dan warna kulit mereka adalah tanda tanda kebesaran Allah dan Allah sahaja mampu mencipta nya.
3. Tidak ada warna kulit manusia yang sama melainkan pasti akan berbeza walaupun sedikit dan walaupun ia satu bangsa bahkan jika ia daripada adik beradik.
4. Allah memuji orang orang yang berilmu bahkan Allah meninggikan darjat orang orang yang berilmu.

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِذَا قِيلَ لَكُمۡ تَفَسَّحُواْ فِي ٱلۡمَجَٰلِسِ فَٱفۡسَحُواْ يَفۡسَحِ ٱللَّهُ لَكُمۡۖ وَإِذَا قِيلَ ٱنشُزُواْ فَٱنشُزُواْ يَرۡفَعِ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مِنكُمۡ وَٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡعِلۡمَ دَرَجَٰتٖۚ وَٱللَّهُ بِمَا تَعۡمَلُونَ خَبِيرٞ

Wahai orang-orang yang beriman! Apabila dikatakan kepadamu, “Berilah kelapangan di dalam majelis-majelis,” maka lapangkanlah, niscaya Allah akan memberi kelapangan untukmu. Dan apabila dikatakan, “Berdirilah kamu,” maka berdirilah, niscaya Allah akan mengangkat (derajat) orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu beberapa derajat. Dan Allah Mahateliti apa yang kamu kerjakan.
-Sura Al-Mujadila, Ayat 11

Ayat ini Allah ingin jelaskan jika kita lapangkan urusan orang maka Allah akan lapangkan hidup kita, lapangkan dada kita, lapangkan rezeki kita dan paling besar kita perlukan Allah lapangkan syurga kita di akhirat kelak.

Pengajaran ayat 23 :
1. Tidur adalah tanda tanda kebesaran Allah, di mana manusia boleh mendengar dan boleh melihat tetapi apabila tidur hilang sifat tersebut.
2. Wajib bagi manusia mencari rezeki dan haram bagi manusia tidak berusaha selagi mana dia mampu.
3. Harus tidur di waktu malam dan siang apabila diperlukan.
4. Makruh atau tidak digalakkan meminta minta rezeki.

Tadabbur ayat 24

وَمِنۡ ءَايَٰتِهِۦ يُرِيكُمُ ٱلۡبَرۡقَ خَوۡفٗا وَطَمَعٗا وَيُنَزِّلُ مِنَ ٱلسَّمَآءِ مَآءٗ فَيُحۡيِۦ بِهِ ٱلۡأَرۡضَ بَعۡدَ مَوۡتِهَآۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَأٓيَٰتٖ لِّقَوۡمٖ يَعۡقِلُونَ

Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)-Nya, Dia memperlihatkan kilat kepadamu untuk (menimbulkan) ketakutan dan harapan, dan Dia menurunkan air (hujan) dari langit, lalu dengan air itu dihidupkannya bumi setelah mati (kering). Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang mengerti.
-Sura Ar-Rum, Ayat 24

Antara tanda kebesaran Allah adalah Dia memperlihatkan kamu kilat. Dalam Al Quran ada surah nama Ar Ra'd (Guruh) berbeza dengan kilat. Apa maksud Allah menunjukkan kamu kilat untuk menimbulkan takut dan harap? Kerana Allah nak dari kilat itu kita ada perasaan takut dan kemudian kita mohon berlindung kepada Allah. Kemudian dari kilat juga akan membawa hujan, maka kalimah وَطَمَعٗا tamak/harap adalah dituju kepada hujan. Manusia mengharapkan hujan turun untuk kehidupan mereka.

Walaupun Allah mencipta sesuatu yang menakutkan seperti ular tetapi tetap ada faedahnya. Kerana Allah nak dari ciptaanNya itu mendorong manusia mencari Tuhan.

I. وَيُنَزِّلُ مِنَ ٱلسَّمَآءِ lalu Allah menurunkan hujan dari tempat yang tinggi (langit). Apa hikmah Allah dijadikan air hujan turun dari langit sedangkan berasal dari bumi? Subhanallah itu menunjukkan kebesaran Allah yang manusia tidak mampu lakukan. Dan hujan turun bukan dalam bentuk sekaligus tetapi sedikit demi sedikit memberi kemudahan kepada manusia dan langsung tiada sistem perpaipan seperti manusia lakukan. Selain itu rahmat Allah juga apabila air hujan turun dari atas ialah manusia yang berada di tempat tinggi dan rendah akan mendapat hujan yang sama.

Hasil dari air hujan yang turun juga memberi kesuburan kepada bumi yang telah mati untuk mengeluarkan tanam tanaman kepada manusia. Jika bumi yang mati dihidupkan dengan air, maka manusia yang mati hatinya boleh dihidupkan dengan zikir kepada Allah. Semua ini menjadi tanda tanda kebesaran Allah bagi mereka yang berfikir. Jadi gunakanlah akal untuk berfikir tentang kebesaran Allah.

وَمِنۡ ءَايَٰتِهِۦٓ أَن تَقُومَ ٱلسَّمَآءُ وَٱلۡأَرۡضُ بِأَمۡرِهِۦۚ ثُمَّ إِذَا دَعَاكُمۡ دَعۡوَةٗ مِّنَ ٱلۡأَرۡضِ إِذَآ أَنتُمۡ تَخۡرُجُونَ

Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)-Nya ialah berdirinya langit dan bumi dengan kehendak-Nya. Kemudian apa-bila Dia memanggil kamu sekali panggil dari bumi, seketika itu kamu keluar (dari kubur).
-Sura Ar-Rum, Ayat 25

Allah jelaskan pada ciptaan langit dan bumi didirikan tanpa sebarang tiang.

أَمۡ حَسِبۡتَ أَنَّ أَصۡحَٰبَ ٱلۡكَهۡفِ وَٱلرَّقِيمِ كَانُواْ مِنۡ ءَايَٰتِنَا عَجَبًا

Apakah engkau mengira bahwa orang yang mendiami gua, dan (yang mempunyai) raqim itu, termasuk tanda-tanda (kebesaran) Kami yang menakjubkan?
-Sura Al-Kahf, Ayat 9

Raqim adalah papan yang tercatat nama pemuda Al Kahf. Allah tanya kita adakah kita menjadi kagum tentang kisah pemuda Kahf yang tidur 309 tahun dalam gua menjadi tanda kebesaran Allah yang menakjubkan kita?

Allah nak kita fikir, sebenarnya ada lagi ciptaan Allah yang sangat menakjubkan seperti ciptaan langit dan bumi. Tetapi kenapa kita sanggup habiskan duit berjalan jauh semata tengok tempat sejarah tapi tidak menimbulkan rasa kebesaran Allah sedangkan langit yang terbentang di atasnya tidak dirasakan kebesaran Allah. Semua ini mendorong kita untuk berfikir tentang kebesaran Allah.

Kemudian apabila tiba kiamat lalu Allah memanggil (ditiup Tsur-dari fahaman Melayu sangkakala) dari bumi maka semua mati dengan sekali tiup dan tiupan kedua menghidupkan semua sekali. Dalam doa nabi ada menyebut 3 malaikat yang penting untuk kita. Malaikat jibrail – membawa wahyu dan sekiranya manusia tanpa wahyu (Al Quran) hati manusia akan menjadi mati.
Malaikat Mikail – membawa rahmat, hujan, rezeki kepada sekalian manusia.
Malaikat Israfil – Meniup Tsur. Tiupan pertama semua akan mati dan tiupan kedua akan menghidupkan untuk manusia dihitung amalan sebelum menuju ke syurga atau neraka.

Allahu'alam

[ad_2]

Sumber

Siri Tadabbur Al Quran Oleh : Ustaz Abd Muein Abd Rahman Surah Ar Rum ayat 2…

[ad_1]

Siri Tadabbur Al Quran
Oleh : Ustaz Abd Muein Abd Rahman
Surah Ar Rum ayat 22-23

Pengajaran ayat 19 :
1. Kebesaran dan kehebatan Allah boleh mengeluarkan manusia dari tiada ke alam kehidupan dan sebaliknya.
2. Kekuasaan Allah menghidupkan bumi yang mati dengan mengeluarkan tumbuh tumbuhan melalui air.
3. Semua itu membuktikan bahawa Allah sangat berkuasa untuk membangkitkan semua manusia yang telah mati dan hancur.
4. Sebagaimana bumi yang boleh dihidupkan begitu juga hati yang mati boleh dihidupkan kembali dengan fikir dan zikir.

Pengajaran ayat 20:
1. Semua makhluk yang dicipta Allah adalah tanda tanda kewujudan Allah dan kebesaranNya.
2. Asal penciptaan manusia adalah dari tanah kemudian daripada air mani.
3. Antara hikmah Allah menjadikan manusia boleh berjalan dan bertebaran atas muka bumi ialah supaya manusia boleh mencari rezeki.
4. Antara anugerah yang terbesar kepada manusia ialah memberi akal kepada manusia dan mencipta berbagai bagai tanda yang membuktikan kewujudan kebesaran Allah supaya manusia berfikir dengan akal tersebut sehingga manusia mentaati Allah.

Pengajaran ayat 21 :
1. Rahmat Allah kepada manusia dengan menjadikan pasangannya dari jenis manusia bukan dari jenis jin atau malaikat ataupun haiwan.
2. Antara tujuan yang paling utama daripada perkahwinan ialah merasa tenang dan tenteram apabila bersama isteri.
3. Apabila tidak wujud ketenangan daripada perkahwinan maka hikmah dan tujuan perkahwinan itu telah tiada dan antara jalan keluarnya ialah bercerai.
4. Allah mencampakkan kasih sayang dan rahmat kepada suami dan isteri walaupun tidak pernah kenal dan berlainan bangsa.
5. Kasih sayang tidak boleh diusahakan melainkan kena mohon kepada Allah agar diberi kasih sayang dalam perkahwinan.
6. Wajib berkasih sayang dan saling mengasihani antara suami isteri termasuklah suami membantu isteri dalam hal kerja rumah.
7. Allah memuji orang yang sentiasa memikirkan kebesaranNya.

Apa tanda kita cinta kepada Allah?. Ramai yang solat dan taat tapi belum tentu dia cinta. Kata ulama tanda dia cinta adalah tengok berapa lama dia ambil masa untuk Tadabbur ayat ayat Allah. Sebab itu salafussoleh hebat hubungan mereka dengan Allah kerana mereka selalu Tadabbur ayat ayat Allah. Berbeza dengan kita jauh daripada Al Quran apatah lagi untuk Tadabbur ayat ayat Allah walaupun Al Quran ada di dalam telefonnya!

Doa yang Nabi anjurka untuk kita amalkan agar Mencintai dan Dicintai Allah

اللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ حُبَّكَ وَحُبَّ مَنْ يُحِبُّكَ
وَالْعَمَلَ الَّذِي يُبَلِّغُنِيْ حُبَّكَ
اللَّهُمَّ اجْعَلْ حُبَّكَ أَحَبَّ إِلَيَّ
مِنْ نَفْسِيْ وَأَهْلِي وَمِنَ الْمَاءِ الْبَارِدِ

Artinya:
“Ya Allah, aku mohon pada-Mu cinta-Mu dan cinta orang yang mencintai-Mu, dan amalan yang mengantarkanku menggapai cinta-Mu. Ya Allah, jadikan kecintaanku kepada-Mu lebih aku cintai daripada cintaku pada diriku sendiri, keluargaku, dan air dingin”
(HR. Ahmad & Turmudzi)

Tadabbur ayat 22 :

وَمِنۡ ءَايَٰتِهِۦ خَلۡقُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَٱخۡتِلَٰفُ أَلۡسِنَتِكُمۡ وَأَلۡوَٰنِكُمۡۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَأٓيَٰتٖ لِّلۡعَٰلِمِينَ

Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)-Nya ialah penciptaan langit dan bumi, perbedaan bahasamu dan warna kulitmu. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang mengetahui.
-Sura Ar-Rum, Ayat 22

Apa kebesaran Allah pada ciptaan langit ? Tiada tiang, luas, berlapis lapis, tergantung tapi tiada ikatan (tiada siling). Allah memerintah kan kita melihat langit sehingga penat, letih, dan kecewa yang membuatkan kita fikir tidak ada cacat pada ciptaan dan merasai kebesaran ciptaanNya lalu ucaplah doa

رَبَّنَا مَا خَلَقۡتَ هَٰذَا بَٰطِلٗا سُبۡحَٰنَكَ فَقِنَا عَذَابَ ٱلنَّارِ

“Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia-sia; Mahasuci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka.
-Sura Aal-E-Imran, Ayat 191

Kenapa langit disebut secara jama' ٱلسَّمَٰوَٰتِ? Kerana Setiap lapisan langit ada ruang dan setiap lapisan ada malaikat yang menjaga.
Apakah tanda kebesaran Allah pada ciptaan bumi?
Kita cipta rumah pun tidak memenuhi seluruh permukaan bumi dan tak boleh menampung jumlah yang ramai Tetapi Allah ciptaanNya terlalu hebat dan luas yang boleh menampung semua kehidupan bahkan yang telah mati sejak penciptaan Adam. Kebesaran Allah menciptakan makhlukNya berbagai bagai dan boleh hidup dalam bumi seperti cacing, semut.

Allah menciptakan manusia dalam bentuk yang sama. Cuba kira fikirkan pada ciptaan lidah yang boleh bercakap Tetapi mengeluarkan suara berbeza dan bahasa pun boleh berbeza. Apabila bercakap dengan nada berbeza pun boleh menghasilkan maksud yang berbeza. Itulah tanda kebesaran Allah pada ciptaan lidah manusia yang wajar kita fikirkan.

وَٱلَّذِينَ إِذَا ذُكِّرُواْ بِـَٔايَٰتِ رَبِّهِمۡ لَمۡ يَخِرُّواْ عَلَيۡهَا صُمّٗا وَعُمۡيَانٗا

dan orang-orang yang apabila diberi peringatan dengan ayat-ayat Tuhan mereka, mereka tidak bersikap sebagai orang-orang yang tuli dan buta,
-Sura Al-Furqan, Ayat 73

Apa maksud ayat di atas? Sebenarnya ayat ni dituju kepada orang yang ibadurrahman yang sentiasa ingat kepada Allah, berbuat kebajikan dan antara sikap mereka adalah apabila diberi peringatan ayat ayat Allah lalu mereka tidak bersikap seperti orang pekak dan buta.

Kenapa kita susah untuk hafal al Quran? Sedangkan tubuh badan kita sihat, boleh berjalan, boleh melihat, boleh mendengar. Kerana dosa kita yang menyebabkan kita terbatas untuk menghafal Al Quran. Sebab itu ada orang cacat anggota badan bahkan mampu menghafal Al Quran seluruhnya. Kerana hikmah kecacatan itulah menyebabkan pergerakannya terbatas maka semua menjadi terbatas dan dosa juga terbatas kepadanya sehingga hatinya bersih dan dia mudah untuk menghafal Al Quran.

Cuba kita fikir kebesaran Allah melalui warna kulit manusia yang berbeza beza. Apa kebesaran Allah dengan ciptaan warna kulit yang berbeza? Sebenarnya Allah nak kita fikir kita dari air mani yang sama Tetapi boleh menjadi warna kulit yang berbeza. Ada hitam ada putih. Ada juga dari ibu ayah sama tapi bila lahir ada yang gelap dan ada yang cerah walau dari kalangan adik beradik. Itulah tanda kebesaran Allah pada ciptaan diri kita yang patut kita fikir.

وَمِنۡ ءَايَٰتِهِۦ مَنَامُكُم بِٱلَّيۡلِ وَٱلنَّهَارِ وَٱبۡتِغَآؤُكُم مِّن فَضۡلِهِۦٓۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَأٓيَٰتٖ لِّقَوۡمٖ يَسۡمَعُونَ

Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)-Nya ialah tidurmu pada waktu malam dan siang hari dan usahamu mencari sebagian dari karunia-Nya. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang mendengarkan.
-Sura Ar-Rum, Ayat 23

Apa kebesaran Allah pada tanda malam dan tidurnya manusia pada waktu malam? Tidur adalah mati kecil dan kematian itu adalah mati yang besar dan sebenarnya manusia tidak mati pun Tetapi cuma perpindahan manusia dari alam dunia ke alam barzakh.

Bila kita tidur, ruh kita keluar tak? Ya, roh keluar dari badan tapi tak sakit berbeza dengan mati. Sebenarnya bila kita tidur kata ulama, ruh kita sebahagiannya keluar dan tak keluar semua. Jika keluar semua maka baru lah mati. Sebab tu bila kita tidur boleh terjaga dengan pantas. Itulah tanda ruh tak keluar semua tetapi sebahagiannya sahaja. Rujuk kisah pemuda Al Kahf yang Allah rakamkan dalam Al Quran mereka tidur selama 309 tahun dan Allah kata kami tutup telinga mereka. Kenapa Allah tutup telinga mereka? Sebab punca manusia boleh tidur adalah bila suasana menjadi sunyi dan tenang. Jika bising manusia susah untuk tidur bahkan tidak boleh tidur. Itulah tanda tanda kebesaran Allah pada penciptaan malam dan siang.

Tidur menjadi rehat bagi manusia. Nabi juga tidur pada waktu malam Tetapi sedikit sahaja. Berbeza dengan kita tidur sehingga 8jam sehari dan ditambah pula siang hari. Tidur yang baik adalah sekejap dan sekadar merehatkan badan sahaja. Sunnah nabi tidur 30minit ke 1jam pada sebelum zohor atau selepas zohor dan sedikit sahaja pada sebahagian malam.
Allah juga menciptakan siang untuk kita mencari rezeki pada siang hari.

Kenapa Allah kata semua ini terdapat tanda tanda kebesaran Allah pada kaum yang ingin mendengar? Rujuk surah al anfal ayat 21.

وَلَا تَكُونُواْ كَٱلَّذِينَ قَالُواْ سَمِعۡنَا وَهُمۡ لَا يَسۡمَعُونَ

dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (munafik) yang berkata, “Kami mendengarkan,” padahal mereka tidak mendengarkan (karena hati mereka mengingkarinya).
-Sura Al-Anfal, Ayat 21

Allah mencela orang yang berkata mereka mendengar Tetapi sebenarnya mereka tidak mahu mendengar, tidak mahu mengambil pelajaran seperti orang munafik.

Allahu'alam

[ad_2]

Sumber

Kewajipan ISTIGHFAR! Apa hukum kita berbual kosong selama satu jam? Berdosa at…

[ad_1]

Kewajipan ISTIGHFAR!

Apa hukum kita berbual kosong selama satu jam?

Berdosa atau tak?
Berdosa!
Apa doa yang nabi ajar selepas keluar tandas?
Istighfar!
Nabi ajar baca غفرانك (ampunkan aku).
Apa maksud?
Adakah kita bersembang dalam tandas?
Tidak!

Sebenarnya nabi nak beri isyarat bahawa apabila kita tidak berzikir kepada Allah walau sesaat adalah berdosa!
Sebab tu nabi ajar kita untuk melazimi istighfar setiap hari.

~Ustaz Abd Muein Abd Rahman
24 Ramadhan 1440H
Surau Platinum Mawaddah Seksyen 7 Shah Alam.

[ad_2]

Sumber

Alamat

No. 8-1,
Suria Jelutong 1,
Jalan Bazar, U8/99, Bukit Jelutong,
40150 Shah Alam, Selangor,
Malaysia

Whatsapp : 019 868 2015

Visi Ghulam

Melahirkan Du’at
Menyebarkan Islam

Live Streaming

Hakcipta Terpelihara © 2022 Pertubuhan Ghulam Al Dakwah Selangor